Rasuah Dalam Liga Malaysia?
Jika sebelum ini Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan telah mengambil tindakan segera untuk membenteras rasuah dengan menyerahkan nama-nama pemain mereka yang diragui dan beraksi di luar prestasi sebenar, sebaik musim ini tamat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berita terbaru pula, Persatuan Bola Sepak Perak menggantung semua pegawai pasukan untuk tujuan siasatan berkaitan rasuah.
Dalam kempen Piala Malaysia kali ini. Banyak juga keputusan perlawanan yang diluar jangkaan. Pasukan elit banyak yang tumbang, manakala pasukan kecil banyak yang berjaya.
Bukan menafikan peningkatan hebat pasukan kecil. Jika mereka bermain dengan baik, mereka berhak di puji dan berkemungkinan boleh mendakap Piala Malaysia.
Rata-rata peminat bola sepak memang agak hairan dengan keputusan perlawanan Piala Malaysia kali. Ada yang menang besar. Ada yang menang semua perlawanan pusingan pertama, merundum prestasi pada pusiangan kedua. Ada pemain seperti bermain di bawah prestasi sebenar.
Adakah bookie sudah mula ‘pegang’ pemain dan pegawai pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia?
Rata-rata peminat bola sepak Malaysia tidak mahu perkara ini berlaku. Kita tidak mahu kembali ke era-90 an bila bola sepak Malaysia jatuh teruk akibat pemain yang menerima rasuah.

Siapa tidak kenal Malek Rahman. Bekas perancang Selangor ketika era-90 an. Ramai yang menjadikannya idola. Tapi siapa sangka, pemain hebat seperti dia didapati bersalah kerana rasuah. Dia digantung satu setengah tahun pada 1994.
Ketika dalam rancangan Dengan Izin terbitan Astro Arena tidak lama dulu, Malek mengakui tidak mustahil Liga Malaysia terlibat dengan gejala rasuah.
“Sudah pasti ia membabitkan Liga M, benda ini ada di seluruh dunia. Cuba kita lihat pasukan-pasukan utama dunia. Real Madrid ditaja Bwin, ia adalah laman web pertaruhan dalam talian, manakala penaja utama La Liga, adalah laman pertaruhan terbesar di dunia,”
– Malek Rahman.
Kita juga tahu, negara jiran kita Singapura menjadi pusat sindiket menerima wang pertaruhan dan pengatur perlawanan terbesar di dunia. Ianya adalah laporan dari Polis Eropah yang dibentangkan oleh Mr. Chris Eaton, Pengarah International Center for Sport Security.
Adakah ‘agen-agen’ mereka turut berada dalam Liga Malaysia?
Tidak mustahil.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat, setakat ini belum ada mana-mana pemain atau pegawai bola sepak didakwa atas kesalahan rasuah. FAM juga telah lama bekerjasama dengan SPRM untuk memantau aktiviti pemain dan pegawai pertandingan dari masa ke semasa.
Peminat bola sepak sedia maklum, untuk melakukan tangkapan memang agak sukar. Bukti yang cukup perlu ada. Bukan senang. Agen bookie ini semunya licik. Tapi sampai bila peminat bola sepak ini semua perlu rasa tertipu bila menonton satu-satu perlawanan.
Kalau sebelum ini bermain dengan bagus dan cantik, tidak lama lepas itu, bermain sangat teruk walaupun hanya melawan pasukan yang kecil. Mesti ada yang tidak kena.
Adakah FAM dan SPRM masih lagi mengumpul bukti? atau mungkin ada kekangan untuk mereka melakukan siasatan yang telus?
Peminat yang datang ke stadium untuk memberikan sokongan, tidak menerima sebarang bayaran dari mana-mana pihak. Mereka keluar duit belanja sendiri demi menyokong pasukan kesayangan mereka. Atas rasa kecintaan kepada bola sepak, masa dan wang dikeluarkan.
Peminat tidak sepatutnya disajikan satu perlawanan di atas padang yang keputusanya telah ditetapkan lebih awal.
Hargai Peminat Bola Sepak. Jauhi Rasuah.
September 26, 2013 @ 4:01 pm
setuju. rasuah mesti dibanteras. kalau tak buat rugi jer orang-orang yang sanggup pergi stadium semata-mata nak tengok perlawanan… kena tipu hidup-hidup…
September 30, 2013 @ 8:15 am
pergi stadium untuk ditipu. memang boleh buat penyokong tak nak datang stadium lagi
September 26, 2013 @ 4:26 pm
tak best la rasuah-rasuah nih..
September 30, 2013 @ 8:16 am
bola sepak boleh jatuh sebab rasuah ni
September 26, 2013 @ 6:33 pm
“Real Madrid ditaja Bwin, ia adalah laman web pertaruhan dalam talian, manakala penaja utama La Liga, adalah laman pertaruhan terbesar di dunia” -ini bukan rasuah, tapi penajaan syarikat judi.
September 30, 2013 @ 8:19 am
betul. penajaan syarikat judi. tapi situ lah segalanya bermula.
setiap syarikat judi itu pasti ada agen pengatur perlawanan atau bookie. mereka ni lah yang akan datang rapat kepada pemain dan pegawai sesebuah pasukan.
bookie inilah yang akan memberi ‘upah’ kepada pemain untuk menentukan perlawanan.
perjudian dan rasuah berkait rapat dalam dunia sukan ni
September 28, 2013 @ 12:32 pm
Ada jugak rasuah lagi… Cekek kang orang yang rasuah nie…
September 30, 2013 @ 8:20 am
memang ramai yang sakit hati dengan orang yang terima dan memberi rasuah.
merosakkan bola sepak malaysia
November 4, 2016 @ 5:00 am
Semata mata nak piala ke 33kali . bingai