Sistem Scouting : Bukti Bola Sepak Malaysia Kolot!
‘Scouting’? Apa itu? Semestinya bukanlah bermaksud pengakap! ‘Scouting’ bermaksud satu sistem meneliti sesuatu demi pasukan mereka atau dalam perkataan melayu mudahnya, menghendap!
Jadi, mahu tahu lebih lanjut tentang ‘scouting’ dan mengapa bola sepak Malaysia kolot? Apa kata kita sama-sama selusuri artikel kali ini!
SISTEM SCOUTING DAN PENGELASAN TUGAS MEREKA
Sistem ‘scouting’ atau terma Melayu mudahnya sistem mengkaji, adalah sebuah sistem yang diamalkan di Eropah secara meluas tak kira sama ada pasukan ‘underdog’ ataupun gergasi.
Sistem ‘scouting’ dilaksanakan demi mencari dan mengkaji perkara yang dikehendaki pasukan dengan sangat teliti. Terdapat dua jenis pengkaji dalam sistem ‘scouting’ :
1. Tactical Scout
2. Physical Scout
Jadi, bagaimanakah cara mereka bekerja?
Tactical Scout – Mencari dan mengkaji setiap inci maklumat berkenaan pasukan lawan seperti kekuatan & kelemahan, jangkaan barisan pemain, taktikal pihak lawan, zon dalam permainan pihak lawan dan sebagainya. Selalu muncul di pusat latihan terbuka.
Physical Scout – Lebih tertumpu kepada bakat pemain dan kebolehan pemain yang dikehendaki pasukan. Selalu berada di padang akademi dan hari perlawanan pemain yang diperhati pasukan.
Pasukan ‘scouting’ paling berjaya? Sevilla dan Monchi sebagai ketua!
APABILA SISTEM SCOUTING DAN ALAM MAYA BERTEMU !
Dasawasa ini, sistem ‘scouting’ sudah lebih mudah sehinggakan remaja berusia 14 tahun pun sudah boleh menjadi salah seorang ‘scout’ yang berjaya.
Julian Nagelsmann juga bekas salah seorang ‘tactical scout’ bagi Tuchel. Haa, sudah! Siapa pula ‘nuget’ yang dia merapu ini?
Julian Nagelsmann merupakan pengurus pasukan TSG Hoffenheim yang baru berusia 29 tahun dan tahukah anda bahawasanya dia amat penting untuk Augsburg dan Thomas Tuchel (Borussia Dortmund) suatu ketika dahulu?
Nagelsmann bermain untuk Augsburg II dan ketika berusia sekitar awal 20-an, Nagelsmann mengalami kecederaan serius di bahagian lutut dan memaksa beliau bersara.
Pengurus Augsburg II ketika itu, Thomas Tuchel memerhatikan beliau dan menunggunya selepas tamat belajar (Ijazah Sains Sukan). Apa tugas Nagelsmann? Nagelsmann bertanggungjawab jawab untuk menyediakan laporan lengkap dan terperinci berkenaan lawan Augsburg II ketika itu!
Hari ini, TSG Hoffenheim dan Nagelsmann berjaya menduduki posisi ke – 5 di Bundesliga. Keputusan memberangsangkan daripada pasukan pertengahan liga dan pengurus termuda di Bundesliga ketika ini (29 tahun).
Baiklah! Berbalik kepada sub-topik kita tadi, alam maya membantu dunia ‘scouting’ secara menyeluruh. Segala data dan informasi yang dikehendaki disimpan di dalam alam maya.
Terdapat beberapa media yang boleh membantu sistem ‘scouting’ dilaksanakan. Antaranya :
Laman Web :
1) InStat Football
2) WyScout
3) WhoScored
Permainan Video :
1) Football Manager*
2) Championship Manager
*Pencari Bakat Hoffenheim, Lutz Pfannenstiel pernah mendedahkan bahawa Roberto Firmino merupakan pemain yang di’temui’nya melalui Football Manager (FM).
Peringatan : YouTube bukanlah salah satu media yang disyorkan untuk aktiviti ‘scouting’.
BOLA SEPAK MALAYSIA YANG KOLOT & KELEMAHAN SISTEM SCOUTING-NYA
Sudah terang lagi bersuluh! Bola sepak Malaysia sangatlah kolot sehinggakan penggunaan pasukan teknikal seperti ‘scouting’ amatlah terhad. Mana buktinya?
1. Keterbukaan Ketika Latihan
Latihan adalah masa untuk memulihkan diri, memperbaiki kesilapan dan menerangkan taktikal untuk perlawanan seterusnya. Masalahnya di sini, berapa ramai yang sedar tentang penggunaan padang latihan tertutup?
Padang Seri Gelam menjadi contoh betapa bola sepak Johor memahami konsep kerahsiaan ketika berlatih. Bukan saya mahu menjulang Johor DT namun lihat sahajalah keadaannya kini! Dua jawapan sahaja bagi tindakan ini yang terlintas di otak saya; pasukan mengamalkan taktikal gelembung buaya atau pasukan tidal tahu ‘ancaman’ daripada ‘tactical scouts’.
Begitu juga dengan kegunaan ‘closed indoor exhibition match’. ‘Closed indoor exhibition match’ digunakan bagi menetapkan semula taktikal dan memperbetulkan setiap kesalahan taktikal. Kebanyakan pasukan tidak melakukan perlawanan sebegini kerana memikirkan bahawa keterbukaan lebih bagus untuk pasukan. Apa hendak jadi?
2. Pemilihan Pemain Import Terlalu Carca Marba!
Susah sebab benda sudah berulang kali ‘ditegur’ tetapi masih gagal dibendung. Kita ambil satu contoh; Carlos Kahe. ‘Dominic Toretto’ Kedah ini dikatakan dipilih melalui “scouting” menerusi YouTube. Kejahilan apakah ini? YouTube yang boleh mewujudkan satu ‘False Flag’ dipercayai mentah-mentah?
Satu lagi, pemilihan terbuka ketika perlawanan persahabatan. Kolot! Perlawanan persahabatan bertujuan mencari keserasian dan bukannya menguji pemain asing. Pemain akan memberi 30% – 60% sahaja dalam perlawanan sebegini. Tiada guna kalau menggunakan perlawanan persahabatan sebagai medium ujian!