Sokongan The Red Warriors Kepada Tan Sri Annuar Musa.
Seramai lebih kurang 500 penyokong kelantan, berhimpun mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda sokongan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ekoran kritikan beliau terhadap prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini.
Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu, melalui Presidennya, Mohd Zainy Mohd Zain berkata, seperti terdapat tangan-tangan ghaib atau arahan dari pihak tertentu yang mahukan Tan Sri Annuar meninggalkan badan induk bola sepak Malaysia itu.
Tambahnya lagi, Tuanku Presiden (Sultan Ahmad Shah) sendiri bertitah dengan mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh Annuar itu amat besar.Ianya dilihat mendahului keputusan jawatankuasa disiplin yang hanya akan bersidang Rabu ini (4 April).
Adakah Tan Sri Annuar akan mengikut jejak seperti bekas Naib Presiden FAM yang lain?. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM.
Tan Sri Annuar dituduh melanggar Statut FAM yang mana hanya Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan saja boleh memberi komen mengenai skuad kebangsaan, nasib Annuar kini ditangan FAM kerana beliau berkemungkinan akan turut kehilangan jawatannya dalam Kafa sekiranya didapati bersalah dan dikenakan hukuman penggantungan.
Cakap-cakap bola : FAM seperti tidak boleh dikritik dan ditegur