Terlalu Awal Merehatkan Jiminez

Berita dari Selatan tanah air, khabarnya jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Cesar Ferrando Jiminez akan direhatkan dan tugas ketua jurulatih akan diambil alih oleh Bojan Hodak.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan pelantikan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sebagai pengurus Johor Darul Takzim (JDT) sementara Jiminez kekal sebagai ketua jurulatih.
Pusingan kedua Liga Super Malaysia akan ada perubahan drastik dalam pasukan JDT. Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Rajko Magic dinaikkan pangkat dan akan berganding bahu bersama Bojan Hodak membimbing JDT hingga ke akhir musim.
Rekod Jiminez bersama JDT, dari 11 perlawanan hanya berjaya menang sebanyak 4 kali dan 4 seri dengan mengumpul 15 mata.
Dengan pengalaman yang luas di peringkat eropah serta barisan bintang yang dimiliki oleh JDT, tempat ke-6 dalam Liga Super Malaysia kini, mungkin bukan sesuatu yang boleh diterima oleh pengurusan PBNJ. Banyak pelaburan yang telah dikeluarkan, jika tidak dilakukan perubahan segera, berkemungkinan segala pelaburan itu akan sia-sia.
Mungkin terlalu awal tindakan ini dibuat.
Kejayaan sesebuah pasukan bukan boleh terbina dalam masa yang pendek atau sekejap. Sekurang-kurangnya biarkan Jiminez membimbing JDT hingga ke akhir musim dan dibantu oleh Hodak yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia.
Secara keseluruhanya, permainan JDT bukanlah teruk sangat di bawah Jiminez. Corak permainan dan persembahan JDT juga baik. Cuma adunan dan ramuan yang betul antara pemain tempatan dan pemain import yang belum ditemui. Selain itu, setiap pasukan yang bertemu JDT pasti ingin menang. Faktor ‘ingin menang’ itu mungkin membuatkan semua pasukan yang bertemu dengan JDT akan bermain dengan bersungguh-sungguh.
Banyak contoh dalam dunia bola sepak ini, sebuah pasukan yang dibina atas faktor kewangan dan dibarisi pemain bintang, susah untuk mencapai sasaran dan kejayaan dalam masa yang singkat.
Adakah KPI yang telah ditetapkan PBNJ terlalu tinggi? Dan mungkin kerana tidak mencapai KPI tersebut, maka keputusan merehatkan Jiminez ini terpaksa dibuat.
Sumber : bharian.com.my , stadiumastro.com.my
April 10, 2014 @ 5:32 pm
Mana tau kot-kot Magic boleh bawa sentuhan magis..hehe
April 14, 2014 @ 11:51 pm
harapnya begitu lah
April 10, 2014 @ 8:18 pm
hoho..memang diorang nak result cepat nih..
April 14, 2014 @ 11:52 pm
kekadang fast result ni tak bagus sangat kan
April 12, 2014 @ 9:16 am
Hmmm.. makin kalut JDT ni skrg. Kawe pun jadi maleh nak tgk di TV lagi. Management agak tak professional dan asyik campurtangan je. Dulu pun tak sepatutnya pecat Fandi Ahmad. Kawe rasa Fandi did a good job. Cuma terlalu banyak campurtangan dan tidak diberi peluang plih pemainnya sendiri. Now same thing berlaku kat Jaminez…
April 14, 2014 @ 11:59 pm
mungkin sudah ada satu penanda aras yang ditetapkan untuk pengurusan PBNJ. bila dah tak sampai KPI itu, maka perubahan segera dibuat. tapi jangan lah bagi tempoh masa yang sangat pendek
April 13, 2014 @ 5:34 am
Belum habis lagi, dah kena tendang.. Benda nih amik masa, bukan semestinya terus boleh menang.. Moyes pun tak kena buang, di bagi jugak chance… Haduew. Ntah pape je
April 14, 2014 @ 11:59 pm
betul tu. kena bagi masa. now Jiminez dah jadi coach di JDT II