The Chance Malaysia
Jika anda mempunya bakat dalam bola sepak dan tidak pernah mewakili mana-mana pasukan atau kelab bola sepak profesional, anda mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat. Bakat-bakat muda negara yang masih terpendam selama ini dan tidak pernah mendapat peluang mewakili negeri masing-masing bakal dicungkil melalui program The Chance Malysia, anjuran Nike bermula dari 13 sehingga 29 April 2012.
Program berbentuk festival yang memasuki edisi kedua ini merupakan satu usaha pencarian bakat muda bolasepak negara untuk memberi peluang kepada mereka membuktikan kemampuan dan kebolehan diri di pentas yang lebih tinggi. Ianya akan merangkumi tiga zon utama iaitu utara, tengah dan selatan tanahair.
Pelancaran program ini telah dilakukan di Wisma FAM oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut disertai Pengurus Besar Nike Malaysia, Joan Yeoh, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee serta Mohammad Zaky Zulkifli, pemenang edisi pertama ‘The Chance’ Malaysia.
Pada edisi pertama yang diadakan pada tahun 2010, ianya telah dimenangi oleh Zaky yang kini berusia 22 tahun dan kini beraksi bersama pasukan Liga Perdana, Johor. Zaky telah berpeluang untuk menunjukkan bakatnya di depan pengendali pasukan Arsenal FC, Arsene Wenger sepanjang berada London selepas layak mewakili negara kira-kira dua tahun lalu.
Untuk edisi kali ini, lebih 6,000 anak muda berusia antara 16 dan 24 tahun dijangka akan mempamerkan kebolehan mereka untuk merebut 30 tempat di peringkat akhir kebangsaan.
Lima pemain terbaik bakal dibawa ke pemilihan peringkat serantau di Indonesia sebelum empat pemain dipilih mewakili negara masing-masing ke peringkat akhir dunia di Barcelona.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang dilantik sebagai salah seorang pengadil dalam panel pemilihan menyatakan bahawa program ini membolehkan dirinya melihat sendiri bakat-bakat muda yang tidak berpeluang mewakili negeri masing-masing dan mungkin boleh diketengahkan pemain-pemain tersebut ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Harimau Muda B sekiranya bagus.
Jadual Festival ‘The Chance’ adalah seperti berikut:
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah (13-14 April)
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor (21-22 April)
Padang Astaka, Petaling Jaya, Selangor (28-29 April)
Sumber : duniasukan.com
April 11, 2012 @ 6:04 pm
aku suka bola warna kuning tu. hehe..
April 17, 2012 @ 10:05 am
kalau berbakat main bola..boleh lah try..pastu dapat lah bola kuning tu