Transformasi Seladang Dan Kenari Musim 2014

Jika sebelum ini pasukan bola sepak perak lebih dikenali dengan nama jolokan skuad Seladang, pada musim 2014 nama itu telah ditukar kepada The Bos Gaurus serta tagline baru, Kejor Yob Skor selaras dengan proses penjenamaan skuad bola sepak Perak.
Mungkin pasukan perak mahukan aura baru dalam pasukan pada musim 2014. Maka penjenamaan semula di lakukan.
Logo pasukan juga turut di tukar.
Penjenamaan semula pasukan Liga Super Perak diharap menyemarak semangat kebangkitan pasukan negeri itu dalam kancah Liga M 2014 bermula Sabtu ini.
– pafanews.com
Menurut beberapa komen di facebook Perak FA, rata-rata penyokong Perak kurang berpuas hati dengan penjenamaan semula pasukan Perak dengan mencipta logo baru.
Logo baru pasukan Perak tidak menonjolkan imej seladang. Sebaliknya imej itu lebih mirip kepada seekor lembu (Bull)
Lebih memalukan, logo baru Perak ini seperti menciplak idea dari hasil kerja orang lain.
Satu link diberikan oleh salah seorang penyokong perak yang menunjukkan imej yang hampir sama seperti logo tersebut yang telah dibuat pada tahun 2009 di boards.sportslogos.net.
Setelah sekian lama kita sinonim dengan gelaran Skuad Seladang untuk pasukan, tapi musim ini kita terpaksa akur dengan keputusan pengurusan Perak FA untuk menjenamakan pasukan perak dengan gelaran The Bos Gaurus.
Slogan atau laungan semangat yang sekian lama kita dengari ‘Kejor Yob Kejor’ juga turut diubah menjadi ‘Kejor Yob Skor’
Perak FA dilihat seperti tidak mampu untuk mengupah atau membayar graphic designer mahupun konsultan yang lebih baik untuk corporate identiti & image branding. Untuk satu penjenamaan semula imej dan logo yang lebih baik adalah sangat-sangat penting.

Pekara yang sama turut berlaku dalam pasukan Kedah. Dari sang Kenari kini telah ditukar kepada Helang Merah.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, perubahan itu dilakukan supaya pasukan kedah akan nampak lebih garang di mata lawan. Transformasi pasukan Hijau Kuning itu bukan setakat perubahan logo sahaja tetapi ianya juga berkaitan soal pengurusan dan pemilihan pemain.
“Orang lain dah ada imej singa, pahlawan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tonjolkan simbol yang menunjukkan kegagahan kita dalam menghadapi lawan di gelanggang. Jadi sebab itu Helang Merah dipilih,”
– Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Walau apa pun gelaran dan perubahan yang dilakukan oleh pasukan, apa yang dimahukan penyokong semua ialah kesungguhan pemain di atas padang dan komitmen yang diberikan adalah lebih dari 100%. Jika pasukan dapat bermain dengan baik, jatuh atau bangun satu pasukan itu tetap akan mendapat sokongan.
Paling penting. Jauhi Rasuah !
Sumber : PAFAnews.com , sinarharian.com ,
January 19, 2014 @ 3:49 am
skuad kenari jadi helang merah.
betul jugak tu. Kena buat perubahan. Rindu dengan kehebatan kedah zaman dulu-dulu.