TSAM : Sokong Pihak Yang Mahu Perubahan

Akhir-akhir ini Tan Sri Annuar Musa dilihat seperti menyokong calon Presiden FAM yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Satu pertemuan TS Annuar bersama perwakilan dari 10 negeri bersama TMJ telah diadakan baru-baru ini. Hingga ada yang mengandaikan wujudnya satu pakatan antara TSAM dan TMJ.
Tetapi andaian itu dinafikan oleh TS Annuar dalam satu laporan di Sinar Harian.
“Tiada pakatan dengan saya, tetapi saya sebagai salah seorang yang berminat dengan bola, TMJ ajak saya berbincang dan beliau terus terang hendak mendengar daripada saya tentang pengalaman selaku Timbalan Presiden FAM”
– TS Annuar Musa.
Kita sedia maklum, TS Annuar adalah individu yang sentiasa mahukan kemajuan dan perubahan dalam bola sepak.
Ketika ditanya adakah dia dia menyokong TMJ sebagai calon Presiden? Jawapnya, dia akan menyokong pihak yang membawakan pembaharuan, tidak kira siapa. Masa dalam FAM dia nampak banyak kelemahan, tapi semua kelemahan itu masih lagi tidak dibaiki.
TS Annuar memberikan 4 perkara yang harus dilakukan oleh presiden baru nanti, tidak kira siapa pun yang menang.
1. Bola sepak harus diurus secara telus dan terbuka, kerana sekarang terlalu tertutup.
2. Menjaga kebajikan ahli badan gabungan, kerana ada badan gabungan yang hampir muflis dengan geran hanya RM300,000. Sedangkan kos menguruskan pasukan meningkat.
3. Menaik taraf Liga Malaysia. Ketika ini Liga Malaysia adalah liga gred D. Lebih teruk dari Myanmar, Singapura dan India. Mengikut penarafan AFC, Malaysia belum layak dalam Liga Juara-Juara Asia.
4.Menyediakan plan atau blueprint pembangunan bola sepak tentang ranking dan prestasi pasukan kebangsaan.
TS Annuar juga turut berpendapat, FAM tidak boleh tolak suara-suara peminat dan penyokong bola sepak Malaysia, jika ini berlaku FAM akan jadi terasing dan menyendiri
Semoga ada pembaharuan dalam FAM pada 25 Mei nanti.
Sumber : Sinar Harian, Khamis 15 Mei 2014 | Sukan m/s 62
May 16, 2014 @ 4:20 pm
Banyak kebenaran dari 4perkara yang T Sri anuar musa katakan, semoga yang terbaik buat FAM.
May 17, 2014 @ 8:27 am
keputusan ditangan 39 wakil ahli gabungan yang bakal mengundi nanti
May 16, 2014 @ 4:36 pm
Siapa pun yang bakal meneraju perlu membawa kembali kegemilangan bola sepak ke peringkat Asia.
May 17, 2014 @ 8:28 am
betul tu. asia kita perlu takluk, sebelum itu asia tenggara dulu
May 16, 2014 @ 8:37 pm
sayangnya…suara2 lantang yg baik utk sukan bola sepak disekat dgn undang2 fam..akhirnya manusia yg minat bola dan ada idea spti tsam digantung..
25 mei..rasanya macam mustahil utk berlaku keputusan drastik
May 17, 2014 @ 8:29 am
lumrah hidup itu bro. orang yang sering menceritakan kebenaran biasanya akan diketepikan
May 16, 2014 @ 9:42 pm
nak tak nak..kena ada perubahan.
penat dah nak tunggu nih..
May 17, 2014 @ 8:30 am
lama sangat dah. kita tak pernah rasa lagi zaman gemilang harimau malaya seperti dahulu kala
May 17, 2014 @ 11:10 pm
Kena tunggu dorang meninggal dunia semua, tinggalkan yang nak perubahan je baru boleh berubah kot :p
May 26, 2014 @ 3:10 pm
biasanya orang mahukan perubahan adalah orang yang paling lantang bersuara. dan orang yang lantang bersuara ni biasanya kena cantas awal-awal
May 16, 2014 @ 11:39 pm
Undang2 FAM solid sangat? sampai apa yang di tegur terus cantas walaupun ada siasatan la menilai la
May 17, 2014 @ 8:30 am
itu lah masalahnya. tidak bebas untuk bersuara. jika keluar dari FAM baru boleh bersuara lantang
May 17, 2014 @ 11:34 pm
KJ dan Annuar Musa konsisten kritik
May 26, 2014 @ 3:10 pm
mereka dah keluar dari FAM so bebas nak buat kritikan
May 17, 2014 @ 9:19 am
Harap-harap FAM dapat pemimpin baru, yang betul-betul ikhlas memajukan bolasepak negara.
May 26, 2014 @ 3:07 pm
alhamdulillah dah ada presiden baru.
May 17, 2014 @ 11:22 am
Of course lah. Umum pun tahun TSAM bukan ngam juga dengan Presiden FAM skrg. Cuma, kalau mahu lakukan perubahan, then buat sahaja. Itupun kalau TMJ tak tarik diri utk bertanding nanti. Harap2 ia bileh bawa kebaikkan dan peningkatan dalam mutu bolasepak negara.
May 26, 2014 @ 3:07 pm
yang tarik diri rupanya presiden itu sediri..
May 19, 2014 @ 12:53 pm
boleh pegi jauh tuh, bincang elok2
June 13, 2014 @ 1:32 am
Sebaik perubahan kalau tidak melibatkan VVIP…kalau tidak sukar nak kritik membina…sikit2 sembah derhaka…ni tak best…