Tukar Pemain Import Yang Tidak Berkualiti

Pintu perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia 2014 akan dibuka pada 8 hingga 22 April 2014. Peluang ini harus digunakan oleh pasukan-pasukan yang mahu memperbaiki atau menambah kekuatan dalam pasukan mereka.
Untuk musim ini, buat pertama kali Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pasukan terbabit mengambil pemain dari pasukan lain. Sebelum ini, pintu perpindahan kedua hanya membenarkan pasukan itu mendaftar tiga pemain tempatan baru yang tidak menyarung jersi mana-mana pasukan pada musim berkenaan.
“Namun pendaftaran kedua ini hanya membenarkan sesebuah pasukan itu mendaftar maksimum tiga pemain tempatan dan dua pemain import. Ini kali pertama kami benarkan perpindahan seumpama ini dan ia berkuatkuasa untuk tempoh empat musim iaitu sehingga 2016.”
– Datuk Hamidin Mohd Amin.
Inilah masanya untuk menyingkirkan pemain import yang kurang berkualiti. Pemain import di bayar dengan jumlah yang tinggi, tapi kurang memberik impak, harus diketepikan. Membazir !
Antara pemain import yang kurang memuaskan hati berdasarkan laporan Astro Arena.

Alirezza Abbasfard – pemain tengah antarabangsa Iran yang mempunyai reputasi tinggi di negara Timur Tengah tetapi tenggelam di Sarawak. Alasan yang diberikan, masih lagi mencari keserasian nampaknya tidak boleh pakai. Dia langsung hilang sentuhan. Tiada sentuhan gol, tiada mencipta peluang. Sarawak telah pun menggantikan Alirezza dengan Ryan Griffiths dari Adelaide United.
Juan Arostegui – pernah mecipta sejarah bersama MPPJ, menjadi kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2003. Tapi itu cerita 10 tahun dulu. Sekarang, prestasinya sangat mengecewakan. Ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan tidak menolak kemungkinan bakal mencari awang import baru. Mereka ‘terpaksa’ mencara import baru kerana bahagian serangan mereka kurang berbisa. Manakala Marlon Alex James rehat panjang akibat kecederaan.
Zelimer Terkes & Eliel Da Cruz – Dua pemain import Perak yang pasti disingkirkan.Terkes telah ‘angkat kaki’ dan menandatangani kontrak baru bersama Persija Jakarta, Indonesia.
Diharapkan musim perpindahan ini nanti, mana-mana pasukan yang ingin mengambil pemain import haruslah membuat penilaian yang sebaiknya.
Pemain import yang diambil haruslah memberi kesan yang besar kepada pasukan dan mampu menjaringkan gol. Mereka dibayar dengan gaji yang lebih tinggi dari pemain tempatan, seharusnya kualiti juga lebih tinggi dan lebih dari pemain tempatan.
March 15, 2014 @ 12:00 am
memang patut di tukarkan.. nampak agak tak berfungsi..
March 20, 2014 @ 10:05 am
tukar kepada yang lebih berkualiti
March 16, 2014 @ 7:36 am
Fungsi pemain import ialah untuk meningkatkan mutu permainan pemain tempatan. Selain membantu kelab/pasukan untuk menang. Kalau dah tak berfungsi, buang je la. Ngabis boreh yo..
March 20, 2014 @ 10:05 am
pemain tempatan harus belajar sesuatu dari pemain import. so pengurusan pasukan harus memilih pemain import yang berkualiti.
December 24, 2015 @ 10:37 am
andik pemain import indonesia yang saat ini sedang bersinar.
good job, andik..