Undian Piala Malaysia 2012

August 2, 2012

in Bola Malaysia

piala malaysia, bola sepak malaysia
Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia telah dilakukan petang tadi. Semasa majlis tersebut berlangsung, pelancaran logo Piala Malaysia 2012 turut dilakukan. Berikut adalah kumpulan dan nama pasukan

Kumpulan A
1. Lions XII
2. PKNS FC
3. Johor FC
4. Johor

Kumpulan B
1. Kelantan
2. Terengganu
3. Kedah
4. ATM

Kumpulan C
1. Perak
2. Negeri Sembilan
3. Felda United
4. Sime Darby FC

Kumpulan D
1. Selangor
2. T-Team
3. Sarawak
4. Pahang.

Percaturan diatas kertas di dalam kumpulan A, Lions XII dilihat seperti tiada masalah. Munkin pasukan yang bakal mencabar Lion XII hanyalah PKNS FC.

Jika dilihat secara kasar, nampaknya seperti kumpulan B boleh dikategorikan sebagai kumpulan maut. Juara liga super dan juara liga perdana berada di dalam satu kumpulan yang sama. Terengganu juga tidak boleh dipandang mudah begitu juga dengan kedah. Walaupun tahun depan Kedah akan beraksi di dalam Liga Perdana, munkin Piala Malaysia ini mereka ingin membuktikan sesuatu.

Kumpulan C boleh dianggap persaingan terbuka. Kesemua pasukan kelihatan seimbang dan mempunyai kekuatan masing-masing. Sime Darby telah mempunyai pengalaman beraksi diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia apabila sampai ke final Piala FA menentang kelantan

Kumpulan D juga agak terbuka. Selangor sudah semestinya ingin menebus kembali kekecewaan tahun lalu. Misi 33 mereka tahun lalu gagal. Tahun ini munkin misi itu akan diteruskan lagi.

Ok. Kita tunggu sepak mula Piala Malaysia 2012 yang bakal bermula pada 23 Ogos 2012 nanti. Sama-samalah kita menyokong bola sepak Malaysia.

Gambar : ammboi.com

{ 3 comments… read them below or add one }

zool August 4, 2012 at 9:16 am

memang tak sabar2 menunggu ni
zool recently posted..Lee Chong Wei semakin hampir mendapatkan pingat emas OlimpikMy Profile

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain August 5, 2012 at 5:03 am

Kalau dilihat dari perlawana Liga, Kelantan nampak a class above the rest. Cuma kawe hairan tgk Selangor. Atas paper nampak kuat, atas pandang… hmmmm…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Saya Pilih MalaysiaMy Profile

Reply

azwan August 6, 2012 at 9:30 pm

bukan mu sorang je hairan. aku sebagai anak selangor pun hairan gak. tak guna bebangga dengan sejarah silam. kena buat yang terbaik untuk sekarang

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: