Warna-Warni Liga Malaysia 2013.

1. Pasukan yang paling popular 2013 sudah semestinya ialah Johor Darul Takzim yang membuat penampilan sulung dalam liga Malaysia. Sebelum ini dikenali sebagai Johor FC. Ramai pemain hebat dibawa masuk oleh TMJ ke dalam pasukan ini. Tapi rezki tidak menyebelahi mereka. Tiada sebarang piala yang dapat dikecapi musim ini.
2. Sarawak mencipta sejarah tersendiri dalam Liga Perdana. Satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam semua perlawan liga, seterusnya melayakkan diri untuk bersaing di Liga Super musim depan. Namun kehebatan Sarawak tidak dapat diteruskan dalam saingan Piala Malaysia. Kemaraan mereka digagalkan oleh persembahan hebat pasukan Pahang.
3. Di peringkat awal saingan Liga Malaysia bermula, Pahang tidak dapat menurunkan tenaga import mereka. Dikatakan pemain import mereka kurang cergas dan kurang berkualiti. Hampir semua perlawanan awal Pahang, tidak menggunakan pemain import. Nama Fauzi Roslan mula menjadi sebutan kerana dia antara penjaring terbanyak Pahang. Tapi sayangnya, selepas Liga Malaysia berhenti rehat, Fauzi Roslan hilang sentuhan.
4. Misi untuk mendakap Piala Malaysia buat kali ke-33 Selangor gagal lagi dan lebih ‘manis’ Misi 33 Selangor telah berjaya membuatkan Irfan Bakti meletakkan jawatan. Sama situasi yang berlaku ke atas K. Devan musim 2011, melepaskan jawatan ketika dalam saingan Piala Malaysia.
5. Saingan Liga Malaysia kali ini kecoh dengan isu rasuah. Banyak keputusan yang mengejutkan. Banyak ramalan oleh peminat bola sepak hampir tepat dengan keputusan perlawanan.
6. Juara Liga Super 2013 adalah milik pasukan jemputan Lions XII. Kecemerlangan mereka tidak dapat diteruskan dalam saingan Piala Malaysia selepas digagalkan oleh Juara Liga Perdana, Sarawak. Kedua-dua pasukan bertemu ketika Piala Malaysia Kumpulan D.
7. Negeri Sembilan mempamerkan aksi paling teruk musim ini dalam saingan Liga Super. Hanya merekodkan 1 kemenangan, 7 seri dan 14 kekalahan. Keputusan luar biasa ini telah memaksa Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan untuk memanggil SPRM untuk menyiasat pemain mereka.
8. Penampilan pertama JDT dalam Liga Malaysia benar-benar merubah atmosfera bola sepak Johor. Stadium mula dipenuhi penyokong. Daniel Guiza, bekas pemain antarabangsa Spanyol dibawa masuk. Jersi JDT mula kelihatan dipakai oleh ramai orang, menandakan anak johor ada dimana-mana. Sangat berbeza dengan musim yang lepas, jarang sekali kelihatan jersi pasukan Johor FC mahupun Johor FA dimana-mana.
9. Penantian selama 21 tahun Pahang untuk kembali menjulang trofi teragung, Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi final di Stadium Shah Alam. Satu perlawanan final yang sangat menghiburkan dan tidak mengecewakan. Tapi disebaliknya, terdapat isu tiket palsu dan sebuah pistol ditemui di dalam tandas.
10. Pemain-pemain tempatan yang berkualiti dan berada dalam prestasi terbaik dalam saingan Liga Malaysia, masih lagi tidak berjaya menambat hati jurulatih negara. Datuk K. Rajagobal masih lagi percaya kepada pemain-pemain pilihanya yang mempunyai rekod lama yang baik.
November 29, 2013 @ 5:43 pm
wahh..pakai theme baru kah??
November 30, 2013 @ 12:36 am
wah..2 kali komen yang sama.
camna theme baru boladaily ni. ok tak?
December 6, 2013 @ 6:03 pm
Hi semua,
FanXT sedang menjalankan kajian terhadap kelab-kelab bola sepak tentang kemungkinan pelancaran permainan fantasi bola sepak Liga Super Malaysia.
Kami hanya ingin tahu apa pendapat peminat tentang Liga Super Malaysia.
Sila jawab soalan di bawah yang hanya memerlukan 2 saat masa anda.
https://docs.google.com/forms/d/1_dvyFSPjynwEjbr5kIYN9q2ROr7cIC0q63tKrXYNh6w/viewform ( atau klik nama saya untuk ke page google docs)
Terima kasih atas sokongan anda,
Salam.