
Barcelona berjaya mendapatkan Jordi Alba dengan yuran perpindahan sebanyak £11million. Persetujuan telah dicapai dengan kontrak selama 5 musim. Alba masih lagi mempunyai kontrak bersama Valencia sehingga Jun 2013.
Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya satu pembaziran, kenapa perlu membayar pada harga yang tinggi jika mereka boleh medapatkan secara percuma musim depan.
Tetapi dalam masa setahun, munkin akan ada perkara yang berubah. Banyak kelab yang meletakkan Alba dalam senarai perpindahan mereka. Ini berdasarkan persembahan semasanya di Euro 2012. Barca tidak mahu Alba terlepas di tangan orang lain.
Kenapa Barca memang memerlukan Jordi Alba.
1. Jordi Alba telah bersedia untuk bermain di peringkat lebih tinggi.
Sebelum ini Jordi Alba kurang dikenali dalam dunia bola sepak. Walaupun dia telah membuat penampilan sebanyak 109 kali untuk Valencia, namanya kini melonjak selepas membuat persembahan yang hebat membantu Sepanyol hingga ke perlawanan akhir
Kebanyakkan pemain antarabangsa Sepanyol datangnya dari 2 kelab terbaik La Liga, Barcelona dan Real Madrid. Oleh itu, mana-mana pemain yang berhajat mewakili Sepayol, perlu lah seorang pemain yang hebat melebihi mana-mana pemain dalam 2 kelab gergagsi Sepanyol itu.
Di Euro 2012, Jordi Alba membuktikan kenapa dia adalah pilihan utama untuk mengisi posisi bek kiri. Posisi berkenaan sebelum ini di isi oleh Joan Capdevila. Jordi Alba telah bermain untuk Sepanyol hanya sebanyak 10 kali sahaja sebelum bermulanya Euro 2012
2. Jordi Alba telah menarik minat banyak kelab.
Banyak mata yang telah melihat Jordi Alba bermain untuk Sepanyol di Euro 2012 dengan baik. Membantu bahagian serangan dari sebelah kiri.
Persembahan hebatnya itu telah menarik minat banyak kelab bola sepak antarabangsa yang lain. Antara yang menunjukkan minat terhadapat pemain ini ialah Manchester United.
Tetapi wakil Barcalona telah menghubungi dan menemui Alba sebelum Euro 2012 bermula lagi. Barca boleh mendapatkan Jordi Alba dengan perpindahan percuma apabila kontraknya tamat pada Jun 2013. Oleh kerana tidak mahu sebarang insiden yang tidak di ingini berlaku (munkin disambar oleh kelab lain), Barca segera mempercepatkan proses mendapatkan pemain ini.
3. Keserasian dengan Andres Iniesta.
Umum mengetahui, gandingan Adres Iniesta, Lionel Messi dan Xavi Hernandez adalah ‘enjin’ dalam Barcelona. Kemampuan mereka membaca permainan dan menyusun gerakan, sangat digeruni lawan.
Di Euro 2012, Jordi Alba dilihat dapat bekerjasama baik dengan Iniesta. Jordi Alba bijak membaca hantaran dari Iniesta, menukar mood serangan kepada bertahan dengan baik.
4. Falsafah bola sepak Barcelona sudah difahami.
Jordi Alba sebenarnya adalah bekas pemain akademi Barcelona semasa umurnya belasan tahun. Dia telah keluar dari akademi tersebut pada tahun 2005.
Sama seperti cerita Fabregas dan Pique. Mereka mendapat pendedahan awal bola sepak di akademi Barcelona, La Masia. Meningkat menjadi pemain yang baik di kelab lain, seterusnya pulang semula ke Nou Camp.
5. Barcelona terdesak untuk mengisi posisi bek kiri.
Pengurus baru Barca, Tito Vilanova, mengambil langkah bijak apabila segera mencari pemain yang berkualiti tinggi untuk mengisi posisi bek kiri. Eric Abidal tidak dapat dipastikan bila dia boleh bermain semula, atau munkin tidak akan terus bermain untuk selamanya.
Adriano pula lebih sesuai bermain sebagai pemain gantian berbanding pemain utama. Pertahanan muda dan juga pemain remaja antarabangsa Sepanyol, Marc Muniesa, dilihat seperti belum bersedia untuk memikul tugas berat untuk kelab.
Jordi Alba adalah pemain yang paling sesuai untuk berada dalam kesebelasan utama kelab Catalan itu pada musim depan.
Kesemua diatas adalah pandangan kami tentang keperluan Barcelona untuk mendapatkan Jordi Alba. Ianya sebagai langkah untuk memantapkan lagi pasukan.
Berikan pandangan anda tentang kepulangan semula Jordi Alba ke Nou Camp.



{ 4 comments… read them below or add one }
ada duit, beli aje..
ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Liga Super 30 Jun 2012
ada duit pun kalau salah beli tak berbaloi. kena beli yang betul-betul berkualiti
memang bagus jordi alba ni.. tapi tengok la camne musim depan..
zool recently posted..Pencapaian Jun 2012 dan perancangan Julai 2012
dia membuktikan kehebatannya malam tadi (sepanyol lwn itali) walaupun seorang pemain pertahanan, dia masih lagi boleh menjaringkan gol
{ 1 trackback }