Berbaloikah Modric Ke Real Madrid?
Luka Modric telah menghabiskan masa selama 4 tahun bersama Tottenham Hotspur sebelum membuat keputusan untuk menyertai kelab terkaya dunia, Real Madrid. Nilai perpindahannya ialah sebanyak €35 million.
Ramai juga yang terkejut dengan perpindahan ini.
Modric pernah mengeluarkan kenyataan semasa menandatangani kotrak baru bersama Spurs hingga 2016, ingin terus kekal bersama Spurs bersama-sama mencipta kejayaan.
“Tottenham Hotspur gave me my chance in the Premier League and I want to go on to achieve great success here with them. ” Luka Modric.
Selepas berpindah ke Real Madrid, nasib kurang menyebelahinya. Tapi ramai yang sudah meramalkan ini akan berlaku atas faktor lambakan pemain hebat dalam kelab itu.
Modric gagal untuk menjadi pilihan utama Jose Mourinho di bahagaian tengah. Pemain atarabangsa Crotia itu juga pernah mendapat kritikan dari Mourinho kerana kurang konsisten dalam permainannya.
Modric menafikannya.
“I’m not making excuses, I am not that kind of person, but it is very challenging to adapt to life at a big club like Madrid. I have had a few good performances, if not in every game, but I believe that I can prove I have something to offer.” Luka Modric.
Modric juga telah mendapat undian, sebagai The Worst La Liga Signing of The Season dari pembaca Marca (surat khabar Sepanyol)
Munkin nilai yang ditawarkan oleh Real telah mengaburi mata Modric. Dia lupa tentang beberapa nama besar dalam bola sepak yang menyertai Real Madrid gagal memberikan aksi terbaiknya.
Antaranya ialah Arjen Robben, Dejan Petković, Émerson, Flávio Conceição, Júlio Baptista, Rafael van der Vaart, Robinho, Wesley Sneijder dan Zé Roberto. Semunya gagal memberikan yang terbaik akibat harapan yang tinggi di Santiago Bernabeu.
Munkin ada baiknya juga dulu, Modric mendengar kata Pengerusi Kelab Tottenham Hotspur, Daniel Levy, untuk terus bermain di situ. Tindakan Levy yang tidak meneruskan perbincangan dengan Chelsea yang berminat untuk mendapatkan Modric – sebelum mendapat tawaran dari Real Madrid – munkin ada sebab tertentu.
March 11, 2013 @ 12:16 am
entah la..kalau diorang rasa berbaloi..berbaloilah agaknya..
March 12, 2013 @ 11:24 pm
dari segi permainan. Modric kurang diberi peluang, so macam sia-sia je dia kesana
March 12, 2013 @ 4:52 pm
Kita tgklah apa nak jadi. Rasanya Modric akan menyerlah kalau dia lebih diberi peluang utk beraksi.
March 12, 2013 @ 11:25 pm
lepas dia score lawan Man Utd hari itu, nampak macam jose mourinho akan beri lebih peluang kat dia