Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho mengeluarkan kenyataan, La Liga adalah liga yang terbaik di dunia.
Dia juga meramalkan musim baru yang akan bermula tidak lama lagi akan menyaksikan pertembungan hebat 2 musuh teradisi La Liga, Real Madrid dan Barcelona. Madrid akan cuba mempertahankan gelaran dan Barcelona akan cuba merampas kejuaraan itu.

Los Blancos telah mencipta rekod baru dalam La Liga dengan mengumpul 100 mata dan 121 gol.
Menurut Mourinho lagi, dia merasakan tidak munkin Barcelona akan dapat menyamai rekod mereka itu. Dia juga merasakan rekod itu akan kekal lama dalam sejarah La Liga.
Antara England’s Premier League dan La Liga Spanyol, menurut Mourinho La Liga adalah lebih baik.
“The league is very, very strong. A beautiful league, because the teams are very technical, and that’s the reason I’m in Spain, because I want to be where the best league is.” Jose Mourinho.
Musim perpindahan ini, Real Madrid tidak berbelanja besar. Cuma masih cuba mendapatkan Luka Modric dari Tottenham. Munkin juga akan menjual semula Kaka ke AC Milan.
Sepanyol adalah juara dunia dan juara eropah. Ramai pemain Sepanyol bermain dalam La Liga. Ini munkin membuktikan kebenaran kata-kata Mourinho itu.
Liga sesebuah negara yang baik, pasti akan menghasilkan pemain berkualiti untuk negara itu. Itu pasti.
Tetapi bila kita sebut tentang liga Sepanyol, yang terus bermain di fikiran adalah Real Madrid dan Barcelona. Kedua-dua kelab itu mewujudkan jurang yang sangat besar diantara kelab-kelab lain.



{ 6 comments… read them below or add one }
itu pandangan si mourinho… cuba tanya sir alex ferguson liga mana agaknya pandangan dia…

puteraduyong recently posted..BILA SUKI SAMAN GALAXY MUSIC
ferguson akan kata lah EPL terbaik…
tapi situasinya sama je, kalau Mourinho masih lagi dalam EPL dia pun akan kata EPL terbaik.betul tak?
Liga Inggeris hanya glamour sahaja manakala La Liga terbaik dari segi kualitinya.
hatiputera recently posted..Pandelela Rinong Pingat Gangsa Olimpik 2012
betul tu. kualiti memang La Liga terbaik
Assalam, memang tak sabar nak tunggu musim bola sepak bermula nie… Biasa pasukan kegemaranku ialah Real Madrid… hehhehe… tak lupa juga dengan Liverpool YNWA!!!
Noorikmal recently posted..Dialog Ketika Berlakon Mendorong Saya Berhijrah – Ayu Raudhah
Semoga liverpool maju jaya musim ini. real tu saingannya cuma datang dari barcelona je
{ 1 trackback }