Real Semakin Retak
Keretakan di dalam kem Real Madrid nampaknya melihatkan seperti belum menemui jalan penyelesaian. Semuanya bermula selepas Cristiano Ronaldo mededahkan dia sudah tidak gembira lagi di kelab itu.
Berita terbaru, khabarnya pemain Real berpecah kepada 2 pihak. Satu pihak adalah dikalangan pemain Sepanyol termasuk Gonzalo Higuain dan satu pihak lagi mereka yang menyebelahi Cristiano Ronaldo.
Perkara ini timbul selepas Real tewas kepada Sevilla. Menurut laporan dari Soymadridista, jurulatih Real, Jose Mourinho telah menolak permohonan Sergio Ramos untuk bermalam dengan keluarganya.
Ramos mempertikaikan arahan Mourinho itu dan telah memberitahu kepada pemain lain. Menurutnya perkara itu pasti tidak akan berlaku kepada Ronaldo.
Perkara itu telah diketahui olah Mourinho, dan Ramos tidak diturunkan dalam pertemuan Liga Juara-Juara menentang Manchester City.
Sesuatu perlu dilakukan segera oleh pengurusan kelab. Jika dibiarkan berterusan perkara ini akan menghalang impian untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
Munkin inilah akibatnya terlampau banyak ‘star’ dalam pasukan. Masing-masing mahukan layanan yang istimewa.
September 30, 2012 @ 11:01 pm
mungkin ada benarnya
bila terlalu ramai star, masing2 fikir suara sendiri
tapi aku suka sebab aku lebih minat barca
hehe
October 3, 2012 @ 11:42 am
ni peminat barca..memang lah suka tengok real bergaduh.hehe..
bukan senang nak uruskan ‘star’…mourinho dah tak nak sambung kontrak lagi.
October 4, 2012 @ 9:47 am
Aku setuju sangat bab kalau dah ramai player star memang susah nak control. Masing2 dengan ego yang besar. Apa2 pun, Real tetap team kedua yang aku paling minat. 🙂
October 4, 2012 @ 11:02 am
Barca lebih ramai pemain terbaik dunia. tapi kenapa mereka masih lagi boleh bermain dengan baik?
apa yang aku nampak sebabnya, ramai pemain Sepanyol ni suka merendah diri dan tak sombong, munkin juga ada perselisihan faham, tapi pengurus perlu tahu cara nak menguruskan pemain itu.
October 24, 2012 @ 2:51 am
Apa2 pun Barcelona tetap terbaik!
October 31, 2012 @ 7:03 pm
fan barca la ni..