Ronaldo Tidak Gembira Di Real Madrid?

September 4, 2012

in Bola Sepanyol

Cristiano Ronaldo munkin akan membuat keputusan yang mengejutkan ramai apabila berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid.

Laporan berita di Sepanyol menyatakan, Ronaldo telah pun berjumpa dengan Presiden kelab, Florentino Perez, menyatakan hajatnya untuk meninggalkan juara Liga Sepanyol itu. Pertemuan itu turut disertai oleh ejennya, Jorge Mendes.

real madrid

Walaupun menerima gaji dan nilai kontrak yang lumayan, itu masih tidak mampu menggembirakan hatinya.

Dalam perlawanan terakhir Real Madrid bertemu Granada, Real menang 3-0, Ronaldo telah menjaringkan 2 gol sebelum cedera dan digantikan dengan Higuain. Ronaldo tidak meraikan jaringannya seperti yang selalu dilakukan.

“I’m sad – when I don’t celebrate goals it’s because I’m not happy. It’s a professional thing. Real Madrid know why I’m not happy.” Cristiano Ronaldo.

Kapten skuad kebangsaan Portugal itu enggan mengulas lebih lanjut lagi tentang perkara itu. Tapi dia memang kurang gembira bersama Real Madrid sekarang.

Ronaldo berhijrah ke Madrid dari Manchester United pada tahun 2009 dengan yuran perpindahan £82million.

Jika ada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini, mereka perlu benar-benar kaya.

Baki kontrak Ronaldo bersama Real Madrid masih ada lagi 3 tahun. Dalam klausa kontrak, £100million diperlukan untuk dibayar kepada Real Madrid dengan gaji permulaan sekitar £1m sebulan di kelab yang baru.

Manchester City, Paris St Germain, dan munkin juga Chelsea sahaja yang mampu untuk membayar jumlah sebanyak itu.

Munkinkah juga Ronaldo akan membuat pusingan ‘U’ dan kembali ke Old Trafford?

{ 8 comments… read them below or add one }

shraqs September 4, 2012 at 5:02 pm

Sedih kot sebab asyik2 player dr Barca je diiktiraf jadi pemain terbaik Eropah & Dunia. :)
shraqs recently posted..Cuti – Cuti Merdeka 2012My Profile

Reply

azwan September 5, 2012 at 4:38 pm

ye kot..haha..
asik player barca je jadi yang terbaik. player berca memang terbaik pun..

Reply

hafizmd September 10, 2012 at 1:47 pm

hahaha…tu yg spain boleh menang euro hari tu…hehe
hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik TomMy Profile

Reply

azwan September 13, 2012 at 3:52 pm

Spain menang Euro sebab player mereka semua merendah diri, tak macam ronaldo..

Reply

hafizmd September 10, 2012 at 1:47 pm

Ronaldo rasanya kalau nak pindahpun, akan balik ke manu..hehe
hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik TomMy Profile

Reply

azwan September 13, 2012 at 3:52 pm

tapi mampu ke Man Utd nak bayar gajinya?

Reply

syafiq September 13, 2012 at 4:42 pm

fergie telah beri peringatan kpd ronaldo agar tidak menyertai man cty….mungkin ronaldo akan berhirah ke man utd atau PSG..manutd=68%….PSG-32%

Reply

azwan September 14, 2012 at 10:53 am

kalau ronaldo saja nak sakitkan hati ferguson, dia boleh je join Man City. Man Utd munkin tak mampu nak bayar gaji dia, main lah kat liga france pulak..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: