5 Perkara Dalam Liga Eropah Yang Boleh Di Lakukan Dalam Liga Malaysia
Pertama sekali, tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri ke atas pencapaian anda. Ianya pasti membanggakan rakyat Malaysia dan anggaplah segala tomahan tidak berkaitan itu sekadar bual biasa sahaja.
Anda boleh baca teks ucapannya di SINI :
Baiklah, kembali kepada tajuk besar kita hari ini! Penulis rasa ia sudah menjadi impian bukan sahaja penulis, malahan hampir kesemua penyokong dan peminat bola sepak di Malaysia untuk melihat liga kita mencapai satu standard, sekurang-kurangnya setaraf Thailand.
Apa? Tak sokong bola sepak Malaysia?
Ala.. kau orang, mulut kata lain, hati kata lain.
Topik hari ini, konsep liga-liga Eropah untuk diaplikasikan ke dalam Liga Malaysia.
Artikel kali ini lebih tertumpu kepada konsep-konsep yang telah diguna pakai di kebanyakkan liga-liga Eropah. Konsep-konsep yang saya perkatakan ini boleh disimpulkan ke dalam 5 perkara di bawah.
1. Penswastaan Kelab
Inilah perkara yang paling penting bagi menjadikan pembangunan liga lebih baik dan mantap. Suatu sub-topik yang sudah kerapkali saya tulis di laman Facebook peribadi saya.
Pelik, bagaimana liga sekecil Indonesia (yang diharamkan 2 tahun lalu) mampu menjadi lebih bagus daripada Malaysia dari segi penswastaan pasukan.
Agak memalukan melihatkan bagaimana liga sekecil S. League (Singapura), hampir kesemua pasukan bertanding di dalamnya memiliki Lesen Kelab AFC.
Ketinggalan sungguh pihak pengurusan kelab di Malaysia ini! Adakah takut ketiadaan suntikan dana jika pasukan diswastakan nanti?
Perkara yang sepatutnya dilakukan 12 tahun lalu tertangguh dek ketidakcekapan pengurusan bekerja.
2. Pemain Daripada Negara Bersekutu (AFC) Dikira Sebagai ‘Non-Foreign Player’
Perkara ini sudah dilaksanakan di J-League (Jepun) yang mana badan penganjur liga membenarkan seorang (1) pemain daripada negara bersekutu (AFC) sebagai pemain ‘non-foreign player’. ‘Non-foreign player’ bermaksud pemain daripada luar negara tidak memerlukan permit kerja untuk menyertai pasukan.
Adalah lebih baik sebenarnya jika 1/4 daripada kuota pemain sebuah pasukan diisi dengan pemain luar. Ia dapat meningkatkan daya saing dalam pasukan dan liga serta bagus buat pemain Malaysia untuk belajar dan berkembang (jika pemain kita mahu belajar!).
3. Wajib Memiliki Pemain Homegrown Dalam Setiap Pasukan
Apa itu pemain homegrown?
Pemain homegrown adalah pemain yang berasal daripada akademi pasukan yang berusia sekurang-kurangnya dibawah 21 tahun dan sudah bermain untuk kelab untuk tempoh 2 tahun atau lebih.
Di English Premier League, setiap kelab mestilah memiliki pemain homegrown sekurang-kurangnya 8 orang pemain berasal dari kelab-kelab di United Kingdom
Manakala di Malaysia, lebih sesuai jika sekurang-kurangnya 10 orang pemain tempatan dan 5 pemain homegrown daripada mana-mana negara di bawah AFC.
4. Penggunaan ‘Financial Fair-Play’ Dalam Liga
‘Financial Fair-Play’ sepatutnya diamalkan di saat ini kerana ketirisan kewangan ini sangat merunsingkan. Berita yang tidak digemari seperti penarikan diri dan pembubaran pasukan tidak sepatutnya menjadi suatu isu yang patut dibangkitkan ketika ini.
Persoalannya, jika FAM sentiasa penuh dengan skandal, siapa yang patut mentadbir FFP ini?
Suatu badan khas berkaitan kewangan dan undang-undang (di luar FAM) perlu diwujudkan bagi mengawal selia perbelanjaan pasukan/kelab yang bertanding di dalam Liga Malaysia. Ianya seperti Badan Kawalan Kewangan Kelab (CFCB) yang diwujudkan oleh UEFA
Baca : Financial Fair Play (FFP) : Mampukah Ianya Mengubah Bola Sepak Malaysia?
5. ‘Kad Hijau’ Sebagai Ganjaran?
Setakat ini, kad hijau ini hanya diamalkan di Serie A sahaja, tetapi ianya sesuatu yang baik untuk dilaksanakan di dalam Liga Malaysia.
Kad hijau akan diberikan kepada pemain yang tidak ada sebarang ‘foul’ dan pihak penganjur liga boleh mewujudkan Anugerah Fair Play kepada pemain yang banyak menerima kad hijau.
Implikasinya? Permainan yang lebih teknikal dan berhati-hati!
Akhir kata, kalau kita nak lihat bola sepak kita berubah, KITA perlu berubah dahulu!
Bagaimana? “MENTALITI”!