Analisis Dua Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya
Salam ramadhan untuk semua pembaca blog bola sepak ni. Semoga segala amalan yang anda lakukan dapat dikekalkan sehingga penghujung ramadhan ini.
1. Dua perlawanan persahabatan antarabangsa skuad bola sepak kebangsaan di jalankan di bulan ramadhan. Ada juga yang melihat perlawanan ini sebagai sesuatu yang tidak patut dijalankan di bulan mulia ini. Ada yang kata tidak perlu pun buat perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab inggeris ini. Masing-masing punya pendapat.
2. Dari sudut agamanya, tidak nampak pulak mana-mana dalil atau ayat yang mengatakan haram bermain bola sepak di bulan ramadhan. Cuma ianya nampak tidak sesuai, kerana biasanya malam-malam ramadhan dipenuhkan dengan mengejar pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat. Kan bulan ramadhan segala amalan dan pahala digandakan.
3. Dalam perlawanan menentang Arsenal. Harimau Malaya dah bermain dengan cantik. Cuma beberapa minit terakhir, Coach Rajagobal menukarkan hampir semua pemain pertahanan. Masa itu lah baru barisan serangan Arsenal dapat menjaringkan gol. Cuma di awal permainan nampak Azmi Muslim sedikit gugup.
4. Aidil yang terkenal dengan kawalan ketat dan tough-tackle berusaha keras menutup segala ruang. Subramaniam pula bermain dengan corak permainannya yang tenang. Sentiasa berada di tempat yang betul.
5. Azmi dan Bunyamin yang bermain di bek kiri dan kanan juga sentiasa bergerak ke depan membantu serangan dari sayap. Inilah corak permainan bola sepak moden. Pertahanan juga boleh membantu membuat serangan, dan bukanya statik di posisi asal mereka. Hasilnya, Azmi Muslim yang berjaya menjaringkan gol ketika menentang Arsenal.
6. Ketika menentang Manchester City, Harimau Malaya cuba bermain dengan cantik sama seperti ketika menentang Arsenal, tapi gagal. Barisan pertahanan yang sebelum ini kental mengekang serangan Arsenal nampaknya seperti tidak bermaya untuk menghalang serangan Manchester City.
7. Aguero dan Tevez di turunkan dalam kesebelasan utama City. Gandingan serangan yang cukup merbahaya. Sentiasa bergerak dan hantaran mereka sentiasa tepat. Dibahagian tengah City pula adanya Yaya Toure. Hilang idea Subramaniam dan Aidil untuk menghalang gerakan City.
8. Kapten malam itu, Yaya Toure mempunyai susuk tubuh yang sangat tinggi dan besar. Rasanya tidak ada pemain Malaysia yang mampu challenge dia kalau bola tinggi. Gary Steven Robbat terlalu kerdil untuk mengekang Toure.
9. Malaysia kalah kepada City munkin kerana terikut-ikut cara permainan City. Munkin juga salah percaturan taktikal permainan. Rasanya tidak perlu untuk Malaysia bermain hantaran bola tinggi. Gunakan saja taktik yang sama menentang Arsenal.
10. Apek tidak berapa cergas. Ini memberikan ruang buat Farizal Marlias untuk menjadi penjaga gol utama dalam kedua-dua perlawaan persahabatan tersebut. Dia tidak mengecewakan. Bagus untuk Apek, kerana dia sudah ada saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Farizal juga mendapat pujian dari Arsene Wenger.
12. Barisan serangan Malaysia masih lagi tumpul. Gandingan Safee dan Norshahrul nampak tidak cukup berbisa. Sesuatu harus dilakukan Coach Rajagobal. Munkin dia boleh merehatkan dulu gandingan ini atau mencuba gandingan yang baru. Munkin Safee dan Rozaimi atau Norshahrul dengan Khairil Muhaimin. Penyerang Negeri Sembilan pun ada Shahurain Abu Samah. Tak pa lah, munkin semua itu sudah difikirkan oleh Coach
13. Bahagian tengah masih lagi boleh dikekalkan, gandingan Safiq dan Gary. Munkin yang perlu dicari ialah sayap kanan. Belum nampak pemain yang sesuai bermain diposisi itu. Azamudin munkin yang terbaik setakat ini.
14. S.Kunalan memang sesuai bermain di sayap kiri. Dia mempunyai larian pantas dan kawalan bola yang baik. Cuma yang perlu ditajamkan lagi ialah hantarannya. Jika dia boleh memperbaiki hantarannya, tepat kepada penyerang, dia boleh menjadi aset penting dalam pasukan. Dia boleh menjadi seperti Ashley Young di Manchester United.
15. Dua perlawana persahabatan itu bertujuan untuk mencari barisan pemain terbaik yang bakal mengharungi cabaran dalam AFF Suzuki Cup 2012 yang bakal berlangsung di November nanti di Thailand dan juga Malaysia. Maklulamlah juara kan. So persediaan perlu lah sebaik munkin.
Gambar : rentongclub.net
August 1, 2012 @ 7:08 pm
yang lain tu aku sokong. kunalan ni..kalau finishing dia ok dan ada skill gelecek yang mantap..mesti dia leh jadi top scorer bagi pemain sayap. .
August 2, 2012 @ 3:34 pm
itu lah yang aku maksudkan. dia perlu menajamkan finishing. semua dia dah ada. speed and skill
August 3, 2012 @ 6:00 am
betul 2 bro…
laju je kelebihan dia,passing je fail…
rasanya dia kalau xde dalam skuad malaysia lebih ok kot
August 7, 2012 @ 10:02 pm
dia memang perlu ada, tapi perlu tajamkan lagi passing tu
August 2, 2012 @ 3:21 pm
Kelihatan kematangan pemain dari persahabatan tahun lepas. Lebih berani untuk berdepan pihak lawan. Mungkin perlu diperbanyakan persahabatan sebegini bagi memantapkan lagi team Malaysia…
August 2, 2012 @ 3:38 pm
betul tu. kalau banyak persahabatan dengan pasukan yang kuat, tahap permainan pemain akan meningkat. tapi tak banyak pasukan hebat nak bermain dengan Harimau Malaya