Barca Vs Harimau Malaya Hiburan Semata-Mata !
Selamat Hari Raya buat semua pembaca boladaily.com
Hari raya pun masih lagi ada orang bercerita pasal bola. Paling menjadi tumpuan ialah pada hari raya ke-3. Ramai yang tidak keluar jalan beraya pada malam itu.
Semuanya gara-gara pertemuan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Malaysia, Harimau Malaya bertemu dengan Barcelona.
Apa yang menarik sangat perlawanan itu?
Dari sudut pandang peminat bola sepak Malaysia khususnya penyokong kuat Harimau Malaya, mereka mahukan hanya pemain terbaik sahaja yang diturunkan dalam kesebelasan utama. Sebelum pertemuan dengan Malaysia ini, Barca telah menewaskan Thailand dan kelab Brazil, Santos dengan jaringan yang besar.
Manakala Harimau Malaya pula, dalam persiapan mereka, mereka tumpas dalam semua perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab dalam Liga Jepun.
Rajagobal juga berjanji akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam pertemuan itu nanti.
Dari sudut pandang penyokong Barcelona pula. Mereka mahukan Barca bermain dengan penuh cantik dan bergaya seperti di dalam La Liga. Tapi agak mustahil, kerana lawan mereka, Harimau Malaya tidak setanding dengan mana-mana kelab dalam La Liga.
Apa yang kita dapat lihat, Barca bermain dengan agak santai. Tektikal bertahan yang digunakan oleh Harimau Malaya merencatkan serangan mereka.
Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan negara.
Barisan tengah negara agak mengecewakan sedikit. Mungkin kerana terpaksa bersaing dengan pemain kelas dunia, maka mutu permainan yang agak rendah jelas kelihatan.
Itu cerita atas padang. Dengar khabarnya, cerita di luar padang lebih ‘manis’ untuk diteladani.
Ramai yang kecewa denga pertukaran venue perlawanan di saat akhir, atau lebih tepat, kurang 24jam dari sepak mula. Menjadi tanda tanya, adakah pihak penganjur langsung tidak tahu keadaan padang di Bukit Jalil tidak sesuai untuk digunakan – menurut pasukan teknikal Barcelona – untuk perlawanan persahabatan itu?
Amret Kaur menulis dalam The Star 14 Ogos 2013, menurutnya ramai penyokong Barcelona yang telah menunggu hampir 5 jam di One World Hotel untuk berjumpa dengan barisan bintang Barcelona, dengan harapan dapat bergambar dan bersalaman dengan mereka.
Tapi malangnya itu semua tidak berlaku. Barisan pemain Barca telah dikepung oleh sekumpulan pengawal keselamatan terus menuju ke dalam hotel. Tidak ada seorang pun yang melambai atau bersalaman dengan peminat mereka.
Barcelona seperti tidak menghargai penyokong mereka yang dah lama menunggu.
Di pihak wartawan tempatan pula. Khabarnya layanan yang diberikan oleh pihak penganjur kepada wartawan tempatan dan asing tidak sama. Wartawan asing diberikan pelbagai keistimewaan seperti mereka berada di tanah air sendiri.
Paling epik dalam cerita perlawanan persahabatan ini ialah Messi hanya berselipar.
Menurut kenyataan rasmi Barcelona, Messi mengalami kecederaan semasa sesi pemanas badan pada hari Jumaat. Tapi kenapa kenyataan rasmi hanya dikeluarkan pada 2,3 minit sebelum sepak mula? Nama Messi juga turut tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan tersebut.
Jika Messi benar-benar tidak cergas, cukuplah untuk dia sekadar berjalan di tepi padang sebagai tanda sokongan kepada penonton yang hadir. Tapi itu pun tidak berlaku, walaupun namanya disebut-sebut akan turun bermain dalam perlawan itu.
Jelas dan sangat terang. Ini bukanlah perlawan persahabatan. Ini hanyalah perlawanan pertunjukkan. Hiburan semata-mata di hari raya.
Penganjur hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Pulangan kepada dunia bola sepak Malaysia, itu perkara kedua.
Harimau Malaya dijadikan bahan pertunjukkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Barisan pemain terpaksa mengorbankan cuti aidilfitri mereka demi sebuah perlawanan pertunjukkan. Dana FAM terpaksa digunakan ke Jepun bagi persediaan sebuah perlawanan pertunjukkan.
Cukup sudahlah perlawanan yang seumpama ini. Maruah Harimau Malaya perlu dijaga. Pasukan kebangsaan tidak perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana kelab lagi.
Bola sepak Malaysia tidak dapat apa pun. Yang untung adalah pihak penganjur.
August 14, 2013 @ 9:32 pm
jangan begitu maa..gua yakin..pemain kita main bersungguh malam tu..
kalau tak..mustahil leh Amri leh dapat gol cantek maa. haha..
August 15, 2013 @ 8:37 am
aku setuju pemain bermain dengan bersungguh-sungguh dan setuju gol Wak Am itu boleh dikategorikan world class
tapi aku tak setuju gunakan Harimau Malaya untuk game macam ini. seantero dunia bola sepak tengok Pasukan Kebangsaan Malaysia bermain, mujur tak kalah besar. Kalau kalah besar lagi malu.
pemain dan pasukan Barcelona sombong pun itu satu hal penting. Kita terlampu agung-agungkan mereka. Mereka besar kepala. FAM pun tak boleh buat apa, sebab bukan bawah kelolaan mereka
August 15, 2013 @ 6:21 pm
bagi aku..barcelona dah cukup MALU BESAR malam tu. Sebab tu..diorang takkan turunkan Messi main dalam keadaan yang memalukan..
Dah 80 minit..baru dapat 3 gol..dan lebih malu..Bolos 1 gol yang cukup cantek. Tak malu lagi ke pemain dan jurulatih barca masa tu?
Jadi..kalau turun Messi..tapi masih tak dapat gol..korang boleh darab dengan 100 kali ganda malunya barca masa tu. haha..
Aku bangga malaysia dapat bertahan dan sesekali bila wat counter attack..memang keeper diorang nak tak nak kena alert..memang kelam kabut gak la pertahanan barca bila malaysia wat counter. Naik kelakar gak kekadang aku tengok barca malam tu..
August 20, 2013 @ 4:40 am
kerek juga player barca ye?? selama ni aku agak respect dengan dorang. tapi lepas jadi hal ni, hurm… hilang dah minat aku kat team barca
August 25, 2013 @ 1:24 am
erm… buang masa jer friendly mcm ni.. elok buat dengan negara…
saya dah update..jom semak 😀