Berbekalkan Penajaan Besar Kelantan Perlu Kembali Memberi Saingan Dalam Liga Super Malaysia 2016

Selepas lima perlawan Liga Super 2016, pasukan Kelantan berada di tangga ke-5 liga dengan 2 kemenagan, 2 seri dan 1 kalah. Manakala dalam saingan Piala FA 2016, Kelantan hanya sampai di pusingan 3, tewas kepada Kedah dengan aggregat 4-5.
Sebelum sepak mula Liga Malaysia 2016 lagi, bola sepak Malaysia telah dipenuhi dengan berita-berita ‘menarik’ dari pasukan Kelantan.
Paling menarik ialah penglibatan syarikat Vida Beauty Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk menaja pasukan Kelantan.
Lebih menarik dan menjadi perhatian ialah tentang syarat penajaanya. Jersi warna merah jambu dan stadium di cat warna merah jambu. Bukan itu sahaja, gelaran pasukan Kelantan yang sebelum ini dikenali sebagai The Red Warriors juga turut ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP-TRW).
Selepas dari penajaan ini bermula, berita tentang pasukan Kelatan lebih banyak berkaitan dengan DS Vida dan produk-produknya.
Kelantan seharusnya mengambil peluang ini (mempunyai penaja yang besar) untuk menjadi antara pesaing yang hebat dalam Liga Malaysia. Jika peluang ini tidak digunakan sebaik mungkin, Kelantan akan rugi.
Kelantan sebenarnya bertuah mempunyai penaja seperti DS Vida yang sanggup melabur dan memberikan yang terbaik untuk pasukan. Dia sanggup terbang ke Madrid untuk melihat stadium disana dan ingin menambah baik kemudahan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Sehingga sekarang, prestasi pasukan kelantan masih lagi biasa. Suntikan besar modal penaja nampaknya tidak memberi impak besar kepada pasukan.
Populariti produk-produk keluaran DS Vida semakin meningkat, seharusnya prestasi pasukan Kelantan juga perlu seiring dengan populariti tersebut.
Semoga selepas Liga Malaysia berhenti rehat ini, Kelantan akan kembali menjadi antara pesaing hebat dalam Liga Malaysia