Cabaran Fantasy Manager Blogger Euro 2012

June 6, 2012

in Borak Bola

cabaran euro 2012

Satu peraduan akan diadakan sempena dengan deman bola sepak Euro 2012. Sepak mula Euro 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012.

Jika anda rasakan diri anda cukup hebat dan mampu memilih pemain yang hebat dan berkualiti. Jangan tunggu lagi, sahutlah cabaran ini.

Buktikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga dan ibu bapa anda, yang anda ‘The Special One’ seperti Jose Mourinho.

Anda tidak dikenakan sebarang bayaran yuran penyertaan. Anda juga tidak perlu mengumpul penutup botol minuman atau mengumpul keratan akhbar untuk menyertai peraduan ini.

Cukup mudah dan senang menang. Hanya tonton Euro 2012 dan ramalkan pemain dan pasukan yang bakal menyerlah dalam kejohanan kali ini. Daftarkan pasukan anda di Euro 2012 Fantasy

Syarat dan peraturan :

1. Buat satu artikel/post pendek di blog anda untuk menghebahkan pertandingan ini. Buat backlink semula ke artikel peraduan ini. Anda juga boleh menggunakan gambar diatas sebagai penyeri artikel/post tersebut. 1 artikel/post di blog tersebut dikira sebagai 1 penyertaan.

2. Pemenang akan ditentukan pada penghujung kempen Euro 2012 ini nanti. Format peraduan ini menggunakan ‘head-to-head league’. Knockround stage 1. Hadiah tempat pertama bernilai RM100 dan tempat kedua RM50. Admin akan menghubungi pemenang untuk mendapatkan butiran lengkap diri.

3. Penyertaan hanya terhad kepada 20 Blogger (1 tempat milik BolaDaily.com). Ianya akan ditutup selepas kuota 20 blogger dipenuhi. Ianya bagi memberikan peluang yang cerah kepada peserta memenangi peraduan/pertandingan ini. 1 blog 1 penyertaan

4. Sila hantarkan permohonan menggunakan form Hubungi Kami  atau email ke boladaily[at]gmail.com dan isikan maklumat seperti butiran di bawah:
i. Nama Manager :
ii. Team :
iii. Blog :
iv. Permalink contest :

5. code league akan diberikan selepas Admin menerima permohonan yang lengkap.

6. Sebarang keputusan Admin adalah muktamad, sebarang surat menyurat atau email tidak akan dilayan, kecuali disertakan dengan makan dan minum.hehe..

{ 2 comments… read them below or add one }

Denaihati June 8, 2012 at 12:44 pm

askm. menarik dgn contest Cabaran Fantasy Manager Blogger Euro 2012 ni dan good luck utk semua peserta.

Reply

Admin June 8, 2012 at 4:18 pm

wslm. sambutan kurang lah bro. munkin lewat sangat buat promosi atau munkin ramai yang memang tak nak join

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: