Contest Mudah Nak Menang !

Ini adalah contest pertama anjuran Bola Daily. Insyaallah kalau ada rezeki, mungkin akan ada yang seterusnya.
Contest ini simple dan mudah untuk anda menangi.
Tidak perlu nak buat susah-susah, tak perlu tulis review di blog anda dan buat backlink, tidak perlu untuk menjadi pakar SEO mahupun web designer. Kenapa senang sangat? sebab memang niat nak berikan sesuatu buat pembaca tetap Bola Daily.
Mesti anda nak tahu apa hadiahnya kan.
Hanya ada satu hadiah sahaja. Sehelai Jersey Manchester United (Away) 2013/14*
Contest ini hanya terbuka kepada blogger sahaja. Mereka yang tidak ada blog, penyertaannya tidak akan dikira. 1 blog satu penyertaan.
Apa yang perlu anda buat?
Tinggalkan komen/pendapat anda di ruangan komen post ini tentang, apa yang harus dilakukan oleh David Moyes untuk mengembalikan kedudukan Manchester United ke dalam kumpulan ‘Big Four’ sebelum berakhirnya liga musim ini.
Senang kan.
Komen/Pendapat anda perlu lah sekurang-kurangnya 30 patah perkataan dan bermula dengan ayat di bawah
David Moyes perlu melakukan..
Contest ini akan berakhir selepas menerima 15 penyertaan. Kenapa 15 penyertaan sahaja? Sebab siapa cepat dia lah dapat, bila 15 penyertaan sahaja, maka peluang nak menang itu sangat besar.
Kaedah penentuan pemenang.
Random.org akan digunakan untuk menentukan pemenang contest ini.
OK. itu je..senangkan.
Cepat tinggalkan komen/pendapat anda
(* Replika Jersey Manchester United (Away) 2013/14 Gred AAA)
Update Senarai Peserta Komen :
1. FaizalPJ
2. wan gerrard
3. hafizmd
4. titan
5. shafiq hashim
6. cikgu naman
7. irwan alessa
8. fadhil
9. sohoque
10. encikarman
update last 21 Dis 2013
1. FaizalPJ
2. wan gerrard
3. hafizmd
4. titan
5. shafiq hashim
6. cikgu naman
7. irwan alessa
8. fadhil
9. sohoque
10. encikarman
11. Melasti Bintang
12.mohd shubhi
13. nazlan
14. boni kacak
December 19, 2013 @ 12:41 pm
David Moyes perlu melakukan perubahan dari segi perancangan dan perubahan taktikalnya. Apa yang saya dapat lihat, beliau terlalu rigid dengan taktikal yang dibawa dari Everton itu. Sebenarnya Manchester United ada barisan pemain yang bagus tetap tidak diutilized sepenuhnya. Moyes perlu berani melakukan in-game tactic changer yang lebih baik dari sekarang.
December 19, 2013 @ 11:19 pm
barisan pemain utama dan simpanan dia semua mantap. macam bro cakap dia tak full utilize semua pemainya.
December 19, 2013 @ 12:47 pm
David Moyes perlu melakukan banyak perubahan dari segi taktikal dan strategi harus diperkuatkan lagi.. Dimana banyak gandingan yang mantap ada di Man U, Moyes perlu sedar dan bangkit seperti corak Ferguson.. Banyak masa lagi untuk Moyes..
December 19, 2013 @ 11:19 pm
gandingan dah mantap. Rooney dan Van Persie terbaik dah. tapi masih kurang umphhh lagi
December 19, 2013 @ 12:50 pm
David Moyes perlu melakukan
1. Kembalikan semangat para pemain. Rasanya Fergie dulu karisma beliau adalah ‘kata-kata’
2. Membeli pemain tengah yang boleh mengemudikan jentera pasukan dengan lebih manta
3. Jangan resign..kecuali dipecat. Biasalah nak handle team tinggalan manager hebat ni cabaran banyak..
4. Lantik azwan anuar sebagai assist. Coach..haha..gurau je
December 19, 2013 @ 11:21 pm
aku pun rasa musim perpindahan januari nanti mesti dia cari midfield.
kalau fabregas masuk macam mana? ok tak?
December 19, 2013 @ 1:25 pm
David Moyes perlu melakukan membina barisan pertahanan baru dan mencari calon yang sesuai mengantikan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic serta Rooney tidak dapat diturunkan kerana dihukum gantung permainan selepas mengutip kad kuningnya yang kelima berturut-turut.
December 19, 2013 @ 11:23 pm
pelapis defend dah ada. phil jones dan johny evans. memang ferdinand dan vidic dah sampai ke penghujung karier mereka
December 19, 2013 @ 1:35 pm
Pakcik David kena..
1. berani tukar taktik permainan. Dan sudah tentuk kena training beberapa set piece untuk “confirm” dapat gol. At least, dari 3 percubaan, mesti boleh dapat 1 gol. Ya, walaupun susah, tapi kalau set piece tu menjadi, takde masalah nak buat banyak gol memandangkan pemain MU yang sedia ada memang dah hebat belaka.
2. Tukar pemikiran dan bersikap terbuka. Tak salah walaupun pakcik ada pendirian tersendiri. Tak yah jumud sangat. Hang bukan muda lagi pun..tak semestinya taktik hang berjaya dalam satu perlawanan tu, berkesan plak pada perlawanan yang lain. Yang penting, mesti berani cuba tukar taktik dalam perlawanan.
3. Banyakkan tengok video perlawanan MU yang lepas-lepas. Sekurangnya yang 5 tahun yang lepas. Untuk tahu kualiti dan kelebihan pemain MU yang sedia ada. Tak yah import pemain baru sangat. Yang dah ada tu, pakai aje. Watpe beli mahal-mahal tapi tak pakai.
4. Belanja diorang makan cendol selalu.
5. Pakcik pun kena makan cendol selalu. Glukosa dan cendol, baik untuk kecerdasan otak untuk lebih berfikir secara genius. Macam gua.
Itu sahaja.
Dari peminat Selangor dan MU.
December 19, 2013 @ 5:38 pm
Lanje cendol banting, baru power..
December 19, 2013 @ 11:26 pm
berlatih banyak set piece tu pun idea menarik. dulu masa ada beckham. asal ada free kick je, 80% mesti gol
perkara #5 tu aku tak caya langsung 😛
December 19, 2013 @ 1:39 pm
David Moyes perlu melakukan beberapa pembelian pemain lagi. Terutama pemain bahagian tengah yang nampak tak menjadi. Belilah mana-mana pemain tengah, janji bagus dan tengah perform. Lagi, kena beli jugak pemain defender sebab kalau nak harap kat vidic dan ferdinand tak padan. Jangan jual Rooney. Please!
Lagi, David Moyes kena cekal dan tabah kena kutuk, biasalah jadi coach pasukan yang hebat memang selalu kena kutuk. Menang pun kena, kalah lagilah kena. Jangan resign kecuali kena pecat.
Last sekali, fan Manu masih yakin yang Manu akan bangkit! GGMU!
December 19, 2013 @ 11:28 pm
moyes harap dia bawa masuk Fellaini untuk buat bahagian tengah Man Utd lebih baik dan kreatif. tapi sayangnya, Fellaini tenggelam terus dalam pasukan
December 30, 2013 @ 4:31 pm
Dah injured plak dah…lagilah kacau
December 19, 2013 @ 1:40 pm
Ok bro azwan..dah cukup 15…sila buat undian sekarang…hahahahaha…tak sabor…hahaha
December 19, 2013 @ 4:24 pm
tak cukup lagi bro. tolong lah promosikan bagi cukup 15 komen/pendapat 🙂
December 19, 2013 @ 2:55 pm
david moyes perlu melakukan perubahan mengikut blueprint alex ferguson musim lepas. Tak banyak ubah dari segi skuad cuma ikut belajar dan betulkan yg silap. Nak ambil kelab yg menang juara musim lepas memang susah tetapi setahun dua ni boleh mintak pendapat ferguson kejap untuk menyakinkan pemain baru untuk main dgn dia dan orang atasan bagi duit belanja.
Musim lepas midfield masih sama je tapi boleh menang liga.
December 19, 2013 @ 11:31 pm
pendapat yang mantap dari penyokong tegar The Reds.
SAF dihormati tinggi oleh pemain. tapi Moyes orang baru yang tidak ada sebarang koleksi kejuaraan, susah sikit pemain nak respect
December 19, 2013 @ 4:02 pm
David Moyes perlu melakukan perubahan dengan menyingkirkan pemain yang tidak boleh mengikuti arahan beliau agar segala perancangan beliau berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari pemain yang tidak setia lagi.Nampak macam krisis pemain yang masih terikut2 dengan gaya SAF.Membeli pemian yang berkualiti semasa pintu perpindahan bulan Januari ini terutama bahagian defend dan midfield
December 19, 2013 @ 11:33 pm
ada pemain yang tak respect dia
December 19, 2013 @ 5:37 pm
David Moyes perlu melakukan sesuatu yang luarbiasa iaitu mencontohi jurulatih Malaysia yang mana perlu buat bodoh je walaupun Malaysia banyak kali kalah. Apa nak kesah. Gelaran dato dah dapat, nama pun dah glamer. hehehehe
December 19, 2013 @ 11:34 pm
haha..aku suka komen ni
December 19, 2013 @ 7:40 pm
David Moyes perlu melakukan sembahyang sunat dulu untuk memilih pemain-pemain yang sesuai di samping mendapat pandangan pihak ke3 dan juga pemain itu sendiri di dalam menyusun strategi pasukan.
David Moyes perlu melakukan muhasabah diri dengan melihat apa kekurangan yang boleh di elakkan dan lupa menaikkan semangat pemain-pemain dan juga menggunakan slogan ” MU boleh “.
tu jer
December 19, 2013 @ 11:58 pm
pasukan sokongan dia pun perlu buat kerja lebih. SAF pun dulu dia tak buat semua kerja sorang, tapi ada pasukan sokongan yang hebat
December 20, 2013 @ 12:26 am
David Moyes perlu melakukan sesi beramah mesra dengan pemainnya. Takdelah just kidding, tapi memang betul nampaknya penyokong MU lebih tau mana kekuatan setiap pemain berbanding Moyes.
Strategi yang digunakan serba tak kena terutama di bahagian tengah. Dengan kecederaan pemain tengah seperti Carrick yang setakat ini boleh diharap, Moyes kena buat keputusan dengan cepat siapa yang patut mengetuai bahagian tengah.
Mungkin boleh letakkan “si muka terkejut” Phil Jones sebagai pengganti Carrick buat masa ni.
December 30, 2013 @ 11:39 pm
aku terlepas pandang komen ni. masuk dalam spam. maafkan aku
anyway, terima kasih join contest ni cikgu
December 20, 2013 @ 10:58 am
Pemain MU yang gua minat hanya seorang shj iaitu Giggs….walaupun gua tak suka dengan Man U sebab gua dari YNWA..HIHIHI
bagi gua Moyes masih baru lagi dlm hendak mencipta kejayaan bg man u. Dan masih baru lagi dgn suasana man u. Kita tak boleh expect dia untuk lakar kejayaa dan perubahan dgn cepat tidak adil bg dia, die menggalas tanggungjawab paling besar y ditinggalkan ferguson.
Tengok pada roy hudgson ms membimbing liverpool, dia gagal di sana. Ada sbb knp ferguson pilih moyes. Lihat moyes membimbing everton, bagus bukan.
Penyokong harus bg masa pd dia untuk cr tonik y terbaik.
Moyes perlu memilih 1st eleven yang betul,cb gunakan 1st eleven y ferguson gn dulu. Hentikan pembelian pemain dari everton sendiri.
Last season RVP mantap mungkin krn gandingan dan teamwork y ada season ni beliau tidak seperti season lepas.
Moyes perlu berjumpa dgn ferguson untuk ramuan beliau….
LIVERPOOL SUPPORTERS
December 30, 2013 @ 4:39 pm
terimakasih fan liverpool =)
moyes masih “muda” di old trafford…itu hakikatnya
December 20, 2013 @ 11:14 am
David Moyes perlu melakukan sebagaimana yang Alex Ferguson lakukan terlebih dahulu ketika membimbing MU. Apa yang Alex Ferguson telah lakukan terbukti berkesan dan mujarab selama ini dan semua orang mengakuinya.
Jadi kenapa nak buat perkara baru sedangkan Alex Ferguson telah buktikan caranya dan pendekatannya amat berkesan.
Ringkasnya, kalau David Moyes tak dapat minta tips dari Alex Ferguson, kaji saja apa yang Alex Ferguson telah buat dan sambung sebijik dan lebih penting lagi, perbaiki sedikit melebihinya….
December 30, 2013 @ 4:41 pm
Pastinya Moyes ada prinsip dan cara kerja tersendiri.
Nampaknya, macam dia dah mula nak dapat rentak.
December 20, 2013 @ 12:09 pm
David Moyes perlu melakukan caranya tersendiri (seperti di Everton dulu) tanpa rasa takut dibanyangi hasil kerja dan kejayaan Ferguson. Bila tak stress baru lah boleh berfikir dengan baik. Antara langkah-langkah yang perlu diambil:-
1. Strategi dan taktical game perlu ada pelbagai. Dahulu Ferguson akan menyerang habis-habisan pada 20 minit terakhir dan membuahkan hasil. Mungkin boleh apply cara ini tapi di awal permainan.
2. Jentera seranggan perlu ada yang berbisa dan mampu create goal sendiri. Rooney & Welbeck tak begitu serasi bersama. Van Persie pula sememangnya akan dikawal rapi.
3. jentera pertahanan pula perlu digel supaya lebih kemas. Yang dah agak veteran seperti Ferdinand perlu digantikan.
4. Kemudi di bahagian tengah pula perlu dimantapkan dengan pemain yang boleh membuat hantaran jauh untuk penyerang menyempurnakan goal.
December 20, 2013 @ 3:02 pm
David moyes perlu melakukan penukaran pemain bernama fellani kepada pemain lain. Permainan menjadi lembab bila fellani mendapat bola. Jentera tengah pun nampak tak berapa berbisa, tak cukup bahan api dan tak berapa kreatif. Mungkin Moyes perlu memantapkan lagi idea taktikalnya. Taktikal moyes tak cukup ranum lagi. Susah untuk bersaing dengan taktikal-taktikal pengurus-pengurus lain yang hebat seperti Ong Kim Swee.. eh, silap.. Mourinho..
December 23, 2013 @ 7:10 am
Blogwalking Sahabat Blogger