Kelas Bola Sepak Cuti Sekolah
Kelas bola sepak semasa cuti sekolah (hujung minggu atau cuti wajib) di putrajaya dan bangi ini dijalankan sepanjang tahun. Kelas bola sepak ini di jalankan oleh Smart Football Academy di padang terpilih di Putrajaya dan Bangi khas untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Jika anda ialah ibu bapa atau penjaga yang mahukan satu aktiviti sihat semasa cuti sekolah untuk anak-anak, kelas bola sepak ini ialah tempat terbaik untuk anak anda beriadah sambil belajar bermain bola sepak dengan teknik yang betul.

Jurulatih-jurulatih di dalam kelas bola sepak ini mempunyai kelayakan akademik di dalam bidang sukan. Mereka merupakan graduan-graduan dari universiti tempatan yang mengambil pengkhususan di dalam bidang sukan serta bekas-bekas pemain Liga Bola Sepak IPT. Sudah semestinya aspek sains sukan akan diterapkan semasa latihan.
Siapa Yang Menganjurkan Kelas Ini.
Kelas bola sepak di Putajaya dan Bangi ini diuruskan oleh Smart Excellant Sport (SES).
Kelebihan Kelas Bola Sepak Ini.
Latihan-latihan yang dijalankan di kelas bola sepak ini adalah berdasarkan modul latihan dari AFC, FAM dan sedikit sentuhan dari Everton FA.

Inilah kelebihan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak di Putrajaya dan Bangi yang menyertai kelas bola sepak. Seawal usia muda, mereka sudah dapat merasai latihan asas bola sepak berdasarkan modul-modul latihan yang sangat baik dan berkesan.
Teknik Latihan.
Seringkali kami mendapat pertanyaan dari ibu bapa atau penjaga, anak mereka langsung tidak boleh bermain bola sepak, adakah boleh menyertai kelas ini?
Jawapanya, Boleh. Sudah tentu boleh.

Di dalam kelas bola sepak ini, jurulatih-jurulatih akan menekankan kemahiran asas di dalam latihan. Ini penting, kerana untuk menjadi pemain bola sepak yang baik, teknik-teknik asas dalam permainan bola sepak seperti kawalan bola, sepakan, larian, pergerakan kaki dan sebagainya perlu dikuasai seawal usia muda.
Pertandingan Bola Sepak.
Setiap tahun, pelajar-pelajar terbaik di dalam kelas bola sepak ini dari putrajaya dan bangi akan dikumpulkan dan dibentuk menjadi sebuah pasukan bola sepak, mereka akan dihantar untuk menyertai satu atau dua pertandingan yang dirasakan sesuai.

Pendedahan ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar merasai suasana perlawanan yang sebenar.
Bagaimana Untuk Sertai.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke kelas bola sepak ini, boleh menghubungi no di bawah untuk temujanji atau pertanyaan.
[+] +6012.352.0970 (En. Azwan)