Kesan Kenaikan Harga Minyak Kepada Bola Sepak Malaysia

Mungkin tidak ramai mereka yang diatas akan melihat perkara ini lebih serius. Maklumlah, bola sepak Malaysia bukanya salah satu hiburan atau gurau senda pak menteri kita.
Bola sepak Malaysia ‘tak trending’ bagi mereka berbanding bola sepak inggeris ataupun Piala Dunia.
Pernahkah anda melihat mana-mana pak menteri yang ber’selfie’ dengan memakai jersi pasukan dalam Liga Malaysia?
Pernahkah anda melihat tweet mereka tentang pasukan yang disokong? atau pun status mereka yang ‘membahan’ pak menteri lain kerana pasukan yang disokong kalah?
Pernah nampak?
Kalau ada pun, mungkin tidak semeriah mereka berbalas status dan tweet ketika kempen Piala Dunia atau pun ketika ada pasukan Liga Inggeris mereka yang kalah atau menang.
Nampak tidak? mana kedudukan bola sepak Malaysia di kalangan pemimpin tertinggi negara kita.
Disaat perlu meraih sokongan golongan muda, baru lah perhatian diberikan kepada bola sepak Malaysia.
Jadi, kesan pengurangan subsidi minyak kepada bola sepak Malaysia, mereka tidak akan ambil pusing punya lah…mereka tidak heran pun..
* * *
Kesan kepada penonton.
Kebanyakkan yang hadir ke stadium dan setia menyokong bola sepak Malaysia ialah dari golongan bawahan dan pertengahan. Golongan ini jugalah yang terkesan akibat kenaikan harga minyak akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan.
Jika harga tiket untuk masuk ke dalam stadium masih lagi kekal, belanja perjalanan penyokong yang akan meningkat.
Kita ambil contoh anggaran kasar seorang penyokong yang menggunakan motorsikal untuk ke stadium selepas kenaikan harga minyak (harga tiket kekal)
Tiket = RM15
Petrol = RM10+
Makan & Minum = RM10+
Total = 35+
Itu anggaran kasar bagi seorang penyokong untuk hadir ke 1 perlawanan. Mungkin lebih atau mungkin kurang lagi. Untuk penyokong tegar, mungkin akan hadir 2 atau 3 perlawanan.
Belum lagi anggaran untuk menyokong pasukan di tempat lawan. Kos untuk ‘Awayday’ juga pasti akan meningkat. Harga sewa bas mungkian dah tidak sama lagi.
Rm35 boleh digunakan untuk makan tengah hari 6 hari.
Kos untuk ke stadium sudah semakin tinggi, tidak mustahil ramai yang akan tawar hati untuk ke stadium menonton pasukan kesayangan mereka.
Buat yang bujang, mungkin mereka mampu untuk ke stadium lagi. Buat yang sudah berkeluarga, antara bola sepak dan keluarga, pasti keluarga akan diutamakan. Belanja yang ada, pasti akan digunakan untuk keluarga.
* * *
Kesan kepada pasukan.
Tiket adalah sumber utama pendapatan bagi sesebuah pasukan bola sepak, hatta kelab bola sepak terkenal dunia seperti Manchester United, Barcelona, Real Madrid dan Chelsea, semuanya menjana pendapatan melalui jualan tiket.
Pendapatan kelab atau pasukan pula akan digunakan untuk membayar pemain dan pegawai-pegawai pasukan.
Kehadiran penonton yang ramai ke stadium juga perlu. Ianya sebagai bukti pasukan atau kelab itu mempunyai sokongan yang kuat. Seterusnya ianya dapat menarik penaja untuk memberi tajaan yang besar buat pasukan atau kelab.
Jika kos untuk datang ke stadium meningkat dan terus meningkat. Kehadiran penonton akan berkurang, maka pendapatan kelab atau pasukan juga akan berkurangan.
* * *
Kesan kepada pemain.
Kalau dah semua harga barang meningkat, kos perkhidmatan meningkat kesan kenaikan harga minyak dan diesel, sudah tentu kos hidup juga akan meningkat.
Begitu juga dengan pemain, mereka juga pasti akan terkesan bila harga barang semua naik. Pemain pun cuma rakyat biasa.
Bila mana kos hidup meningkat, sudah tentu mereka akan meminta gaji dan elaun dinaikkan.
Bila gaji pemain dan pegawai meningkat, sudah pasti kos dan belanja mengurus pasukan akan meningkat. Mungkin dana pasukan yang ada tidak mencukupi, maka akan berlaku kelewatan pembayaran gaji dan elaun.
Sedikit sebanyak pasti akan menjejaskan emosi pemain.
Dikhuatiri pemain yang kesempitan ini akan ‘di dekati’ oleh mereka yang banyak wang. Seterusnya… (sila sambung)
Kita tidak nak hal ini berlaku dalam bola sepak Malaysia, tapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku.
* * *
Akan ada yang bersuara
“Kalau dah memang kaki bola, mestilah sanggup buat apa saja”
Memang betul. Sebelum ini pun ramai kaki bola menyimpan sebahagian pendapat mereka semata-mata untuk menonton bola di stadium, mengikut rombongan ‘away day’ ke stadium lain.
Ada juga yang buat 2 kerja untuk kumpul duit. Tapi lepas ini mungkin mereka perlu buat 3 atau 4 kerja untuk kumpul duit demi bola sepak Malaysia.
“Kalau dah mahal sangat nak pergi stadium, duduk rumah je lah tengok tv”
Kalau semua orang ikut saranan itu – tengok bola depan tv – tidak mustahil satu hari nanti, bola sepak malaysia akan mati !
October 7, 2014 @ 5:41 pm
kalau stadium dekat, memang aku pegi melainkan lawan final.
kalau tidak, duduk rumah tengok bini ajelah.
biasa kalau aku pergi stadium pun..kalau selangor main.
October 8, 2014 @ 2:34 pm
kalau rumah dekat dengan stadium, memang wajib lah bagi penyokong tegar untuk ke stadium
October 8, 2014 @ 1:18 pm
Salah satu cara hendak kekalkan harga tiket adalah menarik lebih banyak penaja dengan bidder.
October 8, 2014 @ 2:38 pm
kalau harga tiket kekal pun. kos lain yang meningkat.
sekarang ni pun burger kosong je dalam stadium dah RM2.
air minum RO kecil, bukan mineral pun… dah RM2
point aku kat sini, bukan harga tiket, tapi kos lain ke stadium
October 8, 2014 @ 10:36 pm
Nak buat apa lagi,meskipun bajet bertambah masih juga pergi sebab dah jadi hoby.
October 19, 2014 @ 12:23 am
kita tengolah nanti apa akan jadi pada sukan bola di malaysia.
October 21, 2014 @ 8:28 pm
Memang sedih kalau bolasepak Malaysia mati macam tu je disebabkan oleh faktor2 yang dinyatakan di atas..malangnya, suara hati rakyat bawahan peminat bolasepak ni susah untuk didengar…
October 21, 2014 @ 10:53 pm
Kalau harga tiket naik,memang akan nampak kosong stadium kita nanti untuk perlawanan biasa.
November 4, 2014 @ 2:27 pm
Betul sekali, golongan bawah yang selalu berjuang namun selalu merasakan dampak yang tidak enak