
Menurut Presiden La Liga Sepanyol, José Luis Astiazarán, lambakan pemain import di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi punca kepada kegagalan skuad bola sepak England untuk menjadi pasukan yang digeruni di eropah.
Kurang dari 40% pemain England berada dalam pasukan utama di Liga Perdana Inggeris. Perkara ini berbeza di Sepanyol. 77.1% pemain di La Liga ialah pemain Sepanyol, 16.7% pula pemain dari beberapa negara eropah dan 6.2% bukan pemain eropah.
Strategi yang dilakukan dalam La Liga ialah memberi peluang kepada pemain muda dan senior untuk main bersama dalam satu pasukan. Kebanyakkan pasukan di La Liga membelanjakan wang yang lebih banyak untuk pembangunan pemain muda Sepanyol. Ianya lebih baik berbanding membeli atau mendapatkan pemain muda dari negara lain.
Kelab-kelab di dalam Liga Perdana Inggeris lebih cenderung mendapatkan atau mengeluarkan duit membawa masuk pemain muda dalam lingkungan umur 14 hingga 16 tahun dari negara luar. Kelab-kelab seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester United yang mempunyai akademi sendiri turut membawa masuk beberapa pemain dari Sepanyol dan negara eropah lain. Pemain-pemain muda ini tidak boleh beraksi untuk England, walaupun mendapat latihan dan pendedahan di England.
Munkin itulah penyebab kenapa pasukan England dilihat kurang mempunyai pemain yang berkualiti.
Astiazarán berkata, di Sepanyol pembangunan pemain muda dilihat secara serius. Mereka akan diberi peluang untuk bermain di dalam pasukan utama. Mereka akan dibenarkan bermain dalam liga Divisyen 1 seawal umur 16 atau 17 tahun. Pada umur 6 hingga ke 8 tahun, tiada pertandingan kompetetif, hanya latihan. Bermula 8 hingga ke 10 tahun, ada beberapa perlawanan yang akan dilakukan.
Menurut Astiazarán lagi, kehadiran pemain import ke La Liga juga merupakan satu kepentingan dan keperluan untuk pembangunan pemain Sepanyol sendiri. Kebanyakkan pemain muda Sepanyol berada dalam pasukan-pasukan utama La Liga. Kehadiran pemain import dalam La Liga memberi peluang pemain muda untuk menimba pengalaman bermain bola sepak pada tahap dan kualiti yang tinggi.
Banyak perkara yang kita di Malaysia boleh mengambil contoh program pembangunan di Sepanyol itu. Malaysia pernah melarang penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia, satu peraturan yang dilihat kebelakang.
Malaysia memang mempunyai sistem pembangunan, tetapi apa yang munkin terlepas pandang ialah mengekalkan produk hasil dari pembangunan tersebut. Ramai pemain yang bagus terhasil dari pelbagai jenis pembangunan, tetapi tidak dapat bermain ke tahap yang lebih tinggi dan lebih baik. Munkin masalah utama ialah kewangan.
Safee Sali ialah contoh pemain bola sepak terbaik Malaysia hari ini. Tetapi kejayaannya itu bukan lah untuk dibanggakan di ceritakan sepajang masa. Kita perlu melahirkan lebih ramai Safee Sali.



{ 0 comments… add one now }