Liverpool : Beberapa Perkara Yang Boleh Di Perbaiki

Liverpool ialah sebuah kelab bola sepak Inggeris yang penuh dengan tradisi kejuaraan. Juara piala liga sebanyak 18 kali sebelum ini hanya tinggal sejarah. Ianya telah berjaya diatasi oleh Manchester United yang memenangi kejuaran liga ke-19 pada musim lalu.
Status terkini Liverpool, kelab itu berada di pertengahan liga. Kemungkinan tidak dapat merebut tempat ke pertandingan Liga Juara-Juara musim depan. Kelab itu kini tidak lagi berada dalam kelompok ‘Big Four’. Tottenhem Hotspurs, Manchester City antara kelab baru yang tergolong dalam ‘Big Four’. Sunderland, Everton dan Fulham kini adalah saingan terdekat Liverpool di dalam liga.
Untuk merubah kelab itu kembali sebagai sebuah pasukan yang digeruni dalam Liga Inggeris dan juga Eropah. Perubahan dan pembaharuan perlu dilakukan.
Berikut adalah beberapa idea dan pendapat yang boleh dilakukan oleh Liverpool untuk kembali menjadi pasukan yang hebat dengan kejayaan semasa dan bukannya mengenang sejarah yang telah lepas.
1. Pembelian pemain.
Liverpool perlu melakukan pembelian pemain dengan bijak. Walaupun mempunyai kewangan yang baik berbanding sebelum ini, selepas dimiliki oleh ahli perniagaan US, Liverpool telah membuat beberapa pembelian pemain yang kurang memberikan impak yang bagus kepada pasukan.
Pada musim perpindahan yang lalu, Manchester United dan Liverpool berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baru. Manchester berjaya mendapatkan De Gea, Ashley Young dan Phil Jones. Manakala Liverpool berjaya mendapatkan khidmat Downing, Henderson dan Adam.
De Gea walaupun dilihat seperti tidak mampu untuk menggantikan Van de Sar, tapi permainannya mula meningkat. Ramai pemerhati merasakan dia adalah pemain masa depan United. Begitu juga dengan Phil Jones, seorang pemain muda yang sering membarisi kesebelasan utama United. Ashley Young pula kerap membarisi kesebelasan utama dan sering membawa kemenangan kepada pasukan.
Bagaimana pula dengan prestasi pemain baru Liverpool? Antara mereka bertiga, pembelian yang dirasakan berbaloi munkin Downing. Dia masih muda dan boleh maju lagi bersama pasukan.
2. Stadium
Liverpool memerlukan sebuah stadium yang mampu menampung lebih banyak penonton. Diberitakan ada perancangan yang telah dibuat lama sama ada untuk menambahbaik Anfield atau berpindah ke Stanley Park. Tetapi ianya masih lagi tertangguh, kemungkinan kewangan itu telah digunakan untuk membawa masuk Andy Carol dari Newcastle.
3. Imej Liverpool
Bila mana penaja besar kelab, Standard Chatered, bercakap tentang kontrovesi perkauman(merujuk kepada Suarez dan Evra) sudah semestinya ada sesuatu yang tidak kena dengan imej kelab. Ianya perlu diperbaiki.
4. Mentaliti Pasukan
Mereka perlu merubah mentaliti supaya tidak merasa puas dan selesa dengan kedudukan semasa. Perubahan perlu dilakukan segera. Adakah terkeluar dari kelompok ‘Big Four’ sesuatu yang tidak perlu dirisaukan? Tidak perlu mengenang sejarah yang lepas.
5. Pendapat peminat
Munkin King Kenny perlu meluangkan masa sedikit untuk mendengar pendapat dari peminat. Peminat adalah tulang belakang bagi sesebuah pasukan.