Mungkin Suatu Hari Nanti Dunia Bola Akan Lebih Mengenali JDT Berbanding Liga Malaysia

Mungkinkah perkara ini akan berlaku dalam bola sepak Malaysia suatu hari nanti, Johor Darul Takzim (JDT) lebih dikenali berbanding Liga Malaysia?
Sejak mencipta sejarah sebagai kelab Asia Tenggara dan juga wakil Malaysia pertama menjuarai AFC Cup, nama JDT semakin melonjak di rantau ini.
Selain populariti, prestasi JDT di dalam Liga Malaysia tidak kurang hebatnya. Tidak banyak kelab atau pasukan yang mampu menyaingi JDT ketika ini. JDT seperti berada dalam kelas tersendiri.
Stadium Larkin menjadi kubu kuat mereka. Larkin pernah mencipta rekod selama 2 tahun tanpa kalah sebelum di leburkan oleh Felda United.
La Liga Sepanyol, mungkin bukan satu liga yang popular di dunia. Tetapi satu dunia cukup mengenali Real Madrid dan Barcelona. Banyak sejarah yang telah dicipta oleh kedua-dua kelab tersebut.
Tidak mustahil juga ini akan berlaku dalam Liga Malaysia suatu hari nanti.
Liga Malaysia kurang dikenali, tapi mungkin dunia bola sepak akan terus mengenali JDT dengan pelbagai lagi pencapaian hebat mereka di masa-masa akan datang
JDT perlukan pesaing yang setaraf dengan mereka dalam Liga Malaysia. Liga Malaysia perlu lebih kompetetif dan mempunyai standard yang lebih tinggi.
JDT sudah buktikan, mereka mampu menempa nama di dalam bola sepak asia dengan pengurusan yang profesional dan benar-benar komited dengan bola sepak.
Maka FAM sebagai pemegang hak milik Liga Malaysia perlu mencontohi cara kerja JDT untuk membawa Liga Malaysia ke standard yang lebih tingggi.
June 28, 2016 @ 12:57 am
Yeahhhh.. hidup jdt dan tmj