Selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca BolaDaily.com. Sudah seminggu blog bola sepak ini tidak berupdate. Cuti raya.
Macam mana dengan sambutan aidilfitri anda tahun ini. Semoga ianya yang terbaik buat semua peminat bola sepak tanah air.
Liga-liga utama dunia semuanya sudah bermula. Piala Malaysia juga sudah bermula. Dunia bola sepak akan kembali meriah selepas ini. Malam-malam minggu akan kembali ceria buat kaki bola.

Liga paling popular dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL) juga sudah memulakan pertandingannya.
Banyak keputusan awal perlawanan yang mengejutkan, antaranya ialah kekalahan Liverpool kepada West Bromwich Albion 0-3 dan Manchester United yang tewas kepada Everton 0-1. Fulham dan Swansea City menang besar kepada lawan masing-masing dengan keputusan 5-0.
Liga Sepanyol juga telah memulakan pertandingannya. Perlawanan pembukaan dimulakan dengan Super Cup, Spanish Copa del Rey dimana Real Madrid tewas kepada Barcelona dengan keputusan 2-3. Ini adalah perlawanan kompetetif pertama buat pengurus baru Barca, Tito Vilanova.
Tidak lupa juga dengan Piala Malaysia, kejohanan bola sepak yang tertua di asia, telah membuat sepak mula pada 22 Ogos lalu.
Beberapa kejutan telah berlaku, antaranya ialah Kelantan yang tewas kepada jiran mereka Terengganu dengan keputusan 0-2. Kedah yang akan bermain dalam liga perdana musim depan turut tewas kepada juara baru liga perdana ATM FA 0-2. Misi 33 Selangor nampak sukar apabila tewas kepada Sarawak 1-2.
Dunia bola akan kembali meriah selepas hampir sebulan bercuti. Banyak drama dan aksi hebat yang akan kita saksikan lagi tahun ini.
Mampukah Arsenal medapatkan sekurang-kurangnya 1 piala musim ini. Mampukah pengurus baru Liverpool, Brendan Rodgers membawa semula kelab itu ke dalam ‘Big Four’. Adakah Manchester City dapat mengekalkan kejuaraan musim lalu dengan kemenangan mereka hanya dibezakan dengan jumlah jaringan dari jiran mereka, Manchester United.
Dalam Liga Sepanyol, kelab manakah yang mampu mencabar dan menjadi pesaing yang kuat kepada 2 kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid musim baru ini.
Liga Malaysia akan menyaksikan beberapa kelab baru yang akan besaing dalam Liga Super. Mampukah ATM FA akan menjadi pesaing hebat kepada Kelantan musim baru nanti.
Gambar : sportstransnational.com



{ 2 comments… read them below or add one }
aku tetap pilih kelantan dan man utd
hehe
tehr recently posted..Pantun Hari Isnin
semoga kedua-dua kelab ini berjaya musim depan