Perlawanan Akhir Euro 2012 Anti-Klimaks
Satu perlawanan yang agak membosankan dalam perlawanan akhir EURO 2012 antara Sepanyol dan Itali.
Perlawanan akhir yang tidak menepati jangkaan ramai pihak. Ramai yang menjangkakan ianya akan berlangsung dengan sengit. Itali dan Sepanyol akan saling mengasak kubu lawan dengan hebat.
Tapi ternyata impian itu hanya angan-angan semata. Langsung tidak menepati piawaian dan standard seperti sebuah perlawanan akhir bagi satu kejohanan yang besar. Perlawanan akhir AFF Suzuki Cup, Malaysia dan Indonesia lagi mendebarkan dan menyeronokkan.
Adakah Sepanyol bermain dengan begitu baik? Hinggakan Itali kehabisan idea untuk bermain cantik seperti mana mereka lakukan menentang Jerman.
Atau munkin barisan tengah Itali yang kreatif sudah hilang idea untuk melawan barisan pemain tengah Sepanyol dan Barcelona yang bermain dengan lebih baik.
Italy have been a surprise side at this tournament throughout. I hope there will be another one tomorrow. ~ Buffon.
Itu kata-kata Buffon sebelum perlawanan dalam satu temubual. Rasanya sekarang Buffon yang terkejut dengan cara permainan keseluruhan pasukannya.
Budak nakal, Balotelli, kurang diberikan bola oleh bahagian tengah Itali. Oleh sebab itu dia kurang memberikan ancaman kepada Casillas. Ternyata Casillas agak selesa berdiri di garisan terkakhir pasukan Sepanyol.
Our only regret is that we were so tired. We were up against a great side, the world champions, and as soon as we went down to ten men it was game over. ~ Cesare Prandelli.
Jurulatih Itali, Cesare Prandelli memberikan alasan pasukannya agak keletihan. OK, munkin itu alasan yang terbaik untuk menutup corak permainan mereka yang hambar.
Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Sepanyol kerana menjadi juara eropah dan menjadi pasukan yang terbaik eropah dan dunia. Itali juga tidak perlu pulang dengan kecewa, kerana mereka adalah pasukan kedua terbaik eropah.