Salam Aidilfitri 1435H/2014

Salam Aidilfitri buat semua pembaca Bola Daily.
Alhamdulillah setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjinakkan nafsu diri serta memperbanyakkan amal ibadat kepada-Nya, akhirnya kita beroleh kemenangan dengan hadirnya Syawal.
Semoga syawal yang mendatang ini dan ramadan yang telah berlalu banyak memberikan kebaikan serta meninggalkan banyak kenangan manis buat anda semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin.
* * *
Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan pada jumaat ini nanti. Ianya adalah perlawanan pertama dibawah kendalian Dollah Salleh.
Oleh kerana perlantikan ketua jurulatih kebangasaan terlalu lewat diumumkan, maka Dollah Salleh hanya mempunyai masa yang singkat untuk bersama dengan Harimau Malaya.

Banyak muka lama yang masih dikekalkan. Ramai juga yang mempersoalkannya. Jika diberikan masa, adakah Dollah Salleh akan memilih pemain-pemain baru?
Apapun Dollah Salleh telah beritahu awal-awal, jangan meletakkan harapan yang tinggi dalam pertemuan persahabatan ini.
Ranking fifa juga menunjukkan perbezaan yang ketara antara Harimau Malaya dan Tajikistan.
Tajikistan berada di ranking ke-126. Malaysia berada di ranking-156.
Janji FAM mereka akan memperbanyakkan perlawanan persahabatan yang berkualiti seperti ini. Dengan cara ini, barulah ranking FIFA Malaysia akan meningkat.
Selamat berjuang buat Harimau Malaya !
* * *
Piala Malaysia akan bermula pada 13 Ogos ini nanti.
Sama-samalah kita memeriahkan atmosfera Liga Malaysia dengan kemeriahan Piala Malaysia.
Kita lakukan perkara yang sama seperti mana kita menyokong negara-negara yang bertanding dalam Piala Dunia 2014 yang telah berlalu.

Conteng muka dengan warna-warna pasukan kegemaran anda. Kibarkan bendera pasukan kegemaran. Pakai jersi pasukan kegemaran.
Kalau kita boleh menyokong sepenuh hati negara-negara yang kita sendiri tidak pernah jejak, kenapa kita tidak boleh menzahirkan perkara yang sama kepada pasukan-pasukan dalam Malaysia sendiri?
Sokonglah Liga Tempatan !
August 11, 2014 @ 1:44 pm
Gomo Kelate Gomo…..Hehe..Walaupun sekarang terumbang ambing tapi sokongan tak akan hilang
August 11, 2014 @ 3:40 pm
Semoga kelantan berjaya mengharungi kempen kali ini dengan baik
August 13, 2014 @ 7:57 am
Thx bro…harap2 team bro jgk akan pergi jauh