Bola Sepak Indonesia Di Landa Ribut

1. Nil Maiza, jurulatih Indonesia menyatakan bertanggungjawab di atas kegagalan Indonesia dalam kempen Piala AFF kali ini. Mengakui kegagalan berpunca dari dirinya dan tidak menyalahkan sesiapa pun. Sikap yang bagus dan terpuji.
2. Penyokong Indonesia pula menyalahkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman bola sepak Indonesia. Khabarnya, ada dua pihak yang ingin mentadbir sukan bola sepak Indonesia PSSI dan Komite Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI), dan kedua-duanya menyatakan, cuba mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Indonesia.
3. Seperti kita semua tahu, di Indonesia terdapat 2 liga tempatan, Liga Prima Indonesia (LPI) dan Liga Super Indonesia (LSI). Salah satu daripadanya telah diharamkan oleh AFC. Ianya hampir mengejutkan ramai penyokong bola sepak Malaysia, kerana Safee Sali bermain di sana. Jika Safee bermain dalam liga yang telah diharamkan, secara automatik dia tidak layak untuk bermain mewakili Malaysia. Mujur masalah dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan kelab Pelita Jaya.
4. Menurut Safee Sali, pasukan Indonesia pada tahun 2010 adalah lebih baik berbanding pasukan untuk edisi kali ini. Puncanya, ramai pemain hebat Indonesia bermain di dalam LSI. Pentadbir bola sepak Indonesia tidak berminat untuk menyenaraikan pemain yang bermain di LSI, kerana itu adalah liga haram dan bukan kelolaan mereka.
5. Memang benar pendapat sesetengah penyokong bola sepak Indonesia. Jika PSSI dan KPSI bersatu, Indonesia bakal menjadi kuasa besar bola sepak rantau asia tenggara. Jika mereka bersatu, ramai pemain terbaik dapat dikumpulkan. Banyak pilihan yang boleh dilakukan oleh Nil Maiza untuk memilih pemainya.
6. Kalau kita tengok dari sudut positif tentang hal yang sedang berlaku dalam dunia bola sepak Indonesia. Rakyat mereka (peminat bola sepak) benar-benar menyokong sukan bola sepak di sana. Hinggakan – tidak berpuas hati dengan pentadbir bola sepak di sana – mereka sanggup wujudkan liga sendiri.
7. Peminat bola sepak di Indonesia terlalu fanatik. Kita tengok apa yang berlaku bila Harimau Malaya datang ke Stadium Gelora Bung Karno 2 tahun lalu. Bas pasukan Malaysia di halang oleh penyokong mereka. Demi keselamatan, pemain Malaysia terpaksa menaiki kereta kebal untuk ke stadium. Peminat mereka juga sanggup membakar kaunter tiket, kerana tiket perlawanan akhir Malaysia dan Indonesia habis dijual.
8. Ke-fanatik-an mereka ini diterjemahkan dengan cara yang kelihatan seperti manusia yang tidak bertamadun. Sayang sekali bila dunia luar melihat penyokong bola sepak Indonesia seperti bangsa yang tidak menghormati orang lain walaupun munkin hanya segelintir yang bersikap demikian.
9. Penyokong bola sepak Malaysia boleh mengambil contoh positif dari penyokong bola sepak Indonesia. Kita boleh tiru sikap fanatik mereka terhadap bola sepak. Cuma kita perlu mengolah dengan cara kita sendiri. Tak perlu nak melakukan provokasi yang melampau. Kita hormat setiap pasukan lawan.
December 6, 2012 @ 11:36 pm
garuda dah jatuh. tinggal gajah dengan singa pulakk..
December 19, 2012 @ 6:18 am
terimakasih atas perhatian anda terhadap dunia sepakbola Indonesia memang demikianlah halnya
January 9, 2013 @ 11:20 am
bola sepak tidak membataskan pemerhatian kita untuk sesetengah negara sahaja. bola sepak ialah sukan global