Bola Sepak Menyatukan Rakyat Bosnia Herzegovina

Bosnia Herzegovina bukanlah satu nama negara yang asing bagi rakyat Malaysia. Hubungan antarabangsa antara Malaysia dan Bosnia juga adalah sangat akrab
Semasa Perang Bosnia (1992-1995) Malaysia antara negara yang paling banyak membantu. Malaysia juga satu-satunya negara Asia yang menerima pelarian perang dari Bosnia. Hingga ke hari ini, terdapat rakyat Bosnia yang sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Ramai juga anak muda Bosnia yang melanjutkan pelajaran di sini.
Bekas negara jajahan Yugoslavia ini sebenarnya telah terlibat dengan banyak peperangan. Perang Bosnia adalah peperangan terakhir yang berlaku dan mereka mendapat kemerdekaan, keluar dari Yugoslavia adalah pada 1 Mac 1992.
OK. cukup lah cerita sejarah Bosnia ni. Moga kita di Malaysia dijauhkan dari perkara yang sedemikian.
Piala Dunia FIFA 2014 adalah penampilan pertama Bosnia dan ianya satu pencapaian tertinggi bola sepak Bosnia. Perlawanan pertama mereka bermula dengan langkah kiri apabila tewas kepada Argentina 0-2.

Percaturan atas kertas, memang ramai yang sudah menjangkakan Bosnia akan tewas kepada Argentina. Selain Argentina, Iran dan Nigeria juga berada di dalam Kumpulan F. Sesetengah pemerhati bola sepak melihat Bosnia hanyalah sebagai pelengkap jadual.
Bagi sebuah negara yang baru 22 tahun merdeka, berada di pusingan akhir Piala Dunia adalah satu pencapaian hebat dan sangat membanggakan.
Setiap pemain Bosnia pasti ada sejarah dan kisahnya tersendiri.
Bintang bola sepak Bosnia yang paling terkenal di seluruh dunia, Edin Dzeko, juga mempunyai sejarah yang hampir sama dengan rakyat Bosnia yang lain. Dia telah melalui banyak peperangan ketika usia muda.
Semasa Perang Bosnia, rumah keluarganya di Sarajevo telah dimusnahkan oleh tentera Serbia. Mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah datuknya, sebuah apartment kecil yang dikongsi dengan 15 orang yang lain.
“In Bosnia it was war between the ages of 6 and 10, so it was hard to go out and do anything or live a normal life, but I was young. It’s over now, and I don’t want to speak too much about it.”
– Edin Dzeko.
Dzeko juga mempunyai satu kisah yang menakutkan. Dia terlepas dari maut.
Menurut cerita ibu Dzeko, Belma, ketika itu Dzeko sedang bermain dengan kawan-kawannya di sebuah kawasan lapang. Dia memanggil Dzeko dan Dzeko pergi ke arahnya. Selang beberapa minit kemudian, sebiji bom jatuh meletup di kawasan permainan itu.
Dzeko kini telah dilantik menjadi jurucakap untuk UNICEF.Penyerang Manchester City ini banyak membantu UNICEF melakukan kerja-kerja kebajikan. Antaranya ialah pergi ke sekolah-sekolah di Bosnia dan cuba menyatukan anak Bosnia yang terdiri dari pelbagai etnik.
Disebalik parut-parut peperangan yang lepas, pertelingkahan antara etnik dan baru-baru ini bencana alam, banjir terburuk berlaku di Bosnia, bola sepak sebenarnya memberikan mereka satu kegembiraan.
Bola sepak menjadikan mereka lupa seketika segala penderitaan yang dialami. Rakyat Bosnia tidak kira tua muda, mahupun dari etnik yang berbeza, sama-sama menyokong pasukan bola sepak mereka di Piala Dunia 2014 ini.
Terdapat 3 kaum utama di Bosnia iaitu Bosniak, Serb dan Croat. Perang saudara pernah tercetus di Bosnia. Pasukan bola sepak Bosnia adalah satu simbol penyatuan pelbagai etnik yang ada di Bosnia.
Presiden FIFA, Sepp Blatter sendiri pernah menyatakan pasukan bola sepak Bosnia adalah simbol penyatuan rakyat Bosnia.
“a symbol of reconciliation and union for the whole country … once again demonstrating the powerful role of football in society”
– Sepp Blatter.
Walaupun peperangan pernah memisahkan mereka semua, pernah memusnahkan segalanya, bola sepak menjadi penyatuan untuk rakyat Bosnia.
June 18, 2014 @ 11:04 am
Pehh..rajin wat kajian hang ni. Bagus. Bagus. Aku suka cite macam ni.
June 18, 2014 @ 10:57 pm
aku kagum dan pelik macam mana bola sepak mereka lebih baik dari malaysia. itu sebab aku buat artikel ni
June 18, 2014 @ 5:11 pm
Kagum aku dengan cerita dan semangat kental orang Bosnia..walaupun pernah melalui pengalaman pahit, diaorang mampu untuk bangkit semula..
June 18, 2014 @ 10:57 pm
semangat itu yang kita perlu terapkan dalam pemain malaysia dan juga rakyat malaysia
June 18, 2014 @ 5:13 pm
Daripada cerita ni dapat dibuktikan dengan semangat yang kuat, kita mampu berjaya..
Tahniah bro untuk artikel ni..
June 18, 2014 @ 10:58 pm
betul tu. semangat yang kuat dan keazaman uang tinggi boleh buat kita berjaya
June 18, 2014 @ 5:56 pm
banyak yang kita boleh belajar sejarah ni, dapat masuk world cup bukan calang-calang pasukan, bukan usaha mudah.
June 18, 2014 @ 10:59 pm
betul tuan. bukan senang nak layak ke pusingan akhir world cupa.
pasukan bola sepak malaysia perlu contohi mereka
June 18, 2014 @ 11:11 pm
Bila pernah lalui kesusahan, spirit tu lain macam