Carlos Tevez Jadi Caddie Golf

Siapa sangka dalam pertandingan The British Championship Open 2012, terselit seorang pemain bola sepak profesional di kalangan pemain golf profesional.
Carlos Tevez pemain bintang Manchester City dilihat menjadi Caddie kepada salah seorang pemain profesional. Ramai yang tidak menyangka caddie kepada Andres Romero adalah seorang pemain bola sepak Argentina, negara kelahirannya.
Tevez menjadi caddie kepada Romera hanya pada pusingan akhir kejohanan tersebut. Ianya satu pengalaman hebat buat Tevez. Umum mengetahui, ketika dia digantung dan didenda oleh Manchester City, dia kelihatan di kelab golf bermain bersama beberapa orang rakannya.
Menurut Tevez, dia tidak perlu memberikan sebarang nasihat dan pandangan kepada Romero seperti caddie lain. Kerana dia tahu, Romero adalah seorang pemain yang bagus.
“The chance to walk along the course and be around these great players is a pleasure and something unforgettable. I couldn’t give any advice about the slopes, but I just carried the bag and supported him each hole. Andres is a professional, and he knows everything already” Carlos Tevez.
Bila ditanya adakah dia akan bermain golf selepas bersara dari bola sepak, Tevez menolak tanggapan itu. Dia hanya akan bermain golf dengan rakan karib dan teman tedekat sahaja sebagai seorang amatur.