Charlie Morgan : The King of Ball Boys

Tiba-tiba sahaja budak pengutip menjadi tumpuan seluruh dunia. Kalau di Malaysia pengutip bola lebih sinonim dengan panggilan ‘Budak Milo’. Tidak pasti kenapa di sebut sebagai Budak Milo.
Charlie Morgan ialah seorang budak pengutip bola di Liberty Stadium, home bagi kelab Swansea City FC.
Dia menjadi tumpuan selepas pemain Chelsea, Eden Hazard didakwa menendangnya selepas Morgan kelihatan seperti sengaja merebahkan badan di atas bola tersebut.
Hazard cuba mendapatkan semula bola supaya perlawanan dapat diteruskan dengan segera. Ketika itu Chelsea terdesak untuk mendapatkan gol, selepas ketinggalan 0-2 dalam perlawanan pertama Capital One Cup sebelum ini.
Selepas melihat video kejadian. Ramai peminat bola sepak dunia menyatakan sokongan kepada Hazard. Antaranya ialah pengurus Fulham, Martin Jol. Menurutnya, jika didalam situasi itu, munkin dia akan melakukan tindakan yang sama seperti di lakukan Hazard.
“I can see why he did it. The boy shouldn’t lie on the ball and play rugby with it” Martin Jol.
Menurut Pengurus Chelsea, Rafa Benitez, selepas perlawanan Morgan telah dijemut ke bilik persalinan Chelsea. Morgan dan Hazard telah bertemu dan saling meminta maaf. Morgan juga setuju untuk tidak membuat laporan polis. Tetapi beberapa laporan polis telah dibuat oleh orang awam.

Chelsea sendiri dilaporkan akan mengadakan siasatan dalaman tentang kes ini. Jika Hazard bersalah, dia munkin akan dikenakan denda 2 minggu dari gajinya.
Siapakah Charlie Morgan?
Remaja berusia 17 tahun ini ialah anak seorang ahli perniagaan berjaya di Wales, Martin Morgan. Martin Morgan juga adalah pemilik saham terbesar dalam Swansea City FC.
Dia telah bekerja sebagai budak pengutip bola di Liberty Stadium sejak berumur 12 tahun. Dia telah dipanggil oleh ayahnya untuk bekerja dalam perlawanan itu kerana ada budak pengutip bola lain yang tidak dapat bertugas pada waktu itu.
Sebelum perlawanan, Charlie telah menulis dalam twitternya ‘The king of all ball boys is back making his final appearance #needed #for #timewasting’
Twitter itu menunjukkan dia memang berniat untuk melengahkan perlawanan itu.
Dalam Twitternya juga, dia banyak berkongsi gambar-gambarnya sedang bercuti dan gaya hidup yang mewah. Ternyata Charlie Morgan bukan anak orang kebanyakkan.
Masihkah anda ingat bagaimana Eric Cantona membuat flying kick kearah penonton pada tahun 1995? lagi hebat !!