
Menurut satu laporan Forbes, Manchester United telah menduduki tangga pertama dalam The World’s 50 Most Valuable Sports Teams dengan nilai mencecah $2.23 billion. Ianya telah mengalahkan beberapa jenama kelab lain dalam sukan yang berlainan.
Real Madrid menjadi pencabar terdekat Manchester United dalam senarai tersebut (sukan bola sepak) menduduki tempat ke-2 dengan nilai $1.88 billion.
Keluarga Glazer yang telah membeli United pada tahun 2005 dengan harga $1.5 billion bercadang untuk menyenaraikan Manchester United ke New York Stock Exchange.
Manchester United menerima banyak penajaan yang bernilai tinggi. Syarikat Insurans AON membayar $31 million untuk meletakkan jenama mereka di jersi pasukan sehingga 2014.
Syarikat penghantaran cepat, DHL Express telah mengikat kontrak selama 4 tahun bermula pada tahun lalu, menaja jersi latihan kelab. Jumlahnya mencecah $62 million. Ianya pertama kali dilakukan di liga perdana inggeris, dimana sebuah syarikat menaja jersi latihan pasukan atau kelab.
Nike dipertangungjawabkan menguruskan barangan cenderahati dan kelengkapan sukan kelab. Nilai minimum kontrak mereka dikhabarkan berjumlah $39 million setahun. Mereka mempunyai perjanjian sehingga tahun 2015.



{ 0 comments… add one now }