Gerrard : Nak Bermain Di Piala Dunia 2014

Kapten skuad England di Euro 2012, Steven Gerrard, telah memberitahu kepada pengurus pasukan, Roy Hodgson, untuk kekal bermain dengan England sehingga Piala Dunia 2014. Dia akan bermain selagi dia boleh bermain.
Piala Dunia 2012 akan dilangsungkan di Brazil, pada ketika itu umur Gerrard sudah mencecah 34 tahun. Mampukah dia mempamerkan aksi yang sama seperti sekarang?
Pasukan Itali, paling ramai mempunyai pemain yang berumur melebihi 30 tahun dalam Euro 2012.
Pirlo, pemain tengah Itali itu kini berusia 33 tahun. Aksi dan permainannya masih lagi cantik dan menarik. Dia menjadi nadi penting dalam pasukan Itali. Penjaga gol hebat Itali dan juga kapten pasukan, Gianlugi Buffon sudah berumur 34 tahun, masih lagi hebat dan tangkas.
Menurut Gerrard, dia suka dengan apa yang dilakukan sekarang (kapten pasukan England). Dalam Euro 2012 ini, dia telah membantu mencipta 3 dari 5 gol yang dijaringkan pasukan England.
Penalti menjadi penghalang kepada pasukan England untuk mara ke peringkat separuh akhir. Segala usaha dan kejayaan yang diraih England, hilang hanya kerana sepakan penalti.
Gerrad merasakan, kempen Euro 2012 kali ini adalah yang terbaik buat England berbanding edisi yang lalu.
June 27, 2012 @ 12:36 pm
Iskkkk….dia main takat la ni okey lg laaa….tp rasanya nampak sgt England mmg kekurangan player klau dia dgn terry masih dlm skuad utama 2014 nti….
June 28, 2012 @ 3:27 pm
betul tu. kalau orang lama masih ada lagi dalam pasukan england 2012 nanti. memberi gambaran mereka ketandusan pemain berbakat. lagipun kalau masih lagi mengekalkan orang lama macam lampard, gerrard, terry. macam mana dengan pemain muda england yang lain nak tunjukkan bakat mereka