Great Britain Kalah Kepada Brazil

Pasukan bola sepak Great Britain (GB) di bentuk untuk bersaing merebut emas dalam acara bola sepak sukan Olimpik 2012. Olimpik London akan berlansung pada 27 July hingga 12 Ogos 2012.
Team GB tewas dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil 0-2. Pasukan Brazil memang pilihan utama untuk memenangi emas acara bola sepak dalam edisi olimpik kali ini.
Sandro dan Neymar menjaringkan 1 gol dalam perlawanan persahabatan tersebut. Brazil berhajat untuk mendapat emas dalam edisi olimpik kali ini. Oleh sebab itu juga lah mereka menghantar pasukan muda terbaik mereka. Jika menang emas, ianya bakal menjadi emas pertama mereka dalam sukan olimpik (bola sepak).
“I am not worried about sending a message to the other teams. My main concern tonight was to get my European-based players, returning from holiday, back in the rhythm of the team,” Jurulatih Brazil, Mano Menezes
Perlawanan persahabatan itu berlansung dalam tempoh masa kurang 7 hari sebelum sepak mula dilakukan. Mereka bermula dengan 7 pemain dari England dan 4 pemain Wales, termasuk kapten dan juga pemain Manchester United, Ryan Giggs.
Team GB akan menetang Senegal dalam perlawanan pembukaan.
Banyak yang perlu dilakukan oleh jurulatih GB, Stuart Pearce dan juga pasukannya untuk memperbaiki banyak kelemahan jika ingin bersaing dan melihat Team GB menang emas.