Indonesia Layak Ke Piala Dunia

Siapa sangka, sebenarnya negara jiran kita dan juga seteru utama Harimau Malaya pernah layak bermain di Piala Dunia. Sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2, Indonesia adalah negara pertama dari Asia, layak bermain di Piala Dunia 1938.
Dutch East Indies (DEI), itulah nama yang digunapakai Indonesia ketika itu, kerana sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2, Indonesia adalah tanah jajahan Belanda.
Mereka layak ke Piala Dunia selepas berjaya menewaskan Jepun di peringkat kelayakan.

Gabungan pemain Indonesia dan Belanda nampaknya tidak mampu membuat kejutan. Perlawanan pertama dan terakhir mereka di Piala Dunia ialah menentang Hungary dan tewas 0-6.

Apa yang menariknya dalam skuad ini ialah, 8 pemain DEI ialah pelajar dan kapten mereka ketika itu Ahmad Nawir, bermain bola sepak dengan menggunakan cermin mata. Mungkin dia sebenarnya pemain bola sepak pertama yang menggunakan cermin dan bukannya Edgar Davids (Kebetulan..Edgar Davids juga adalah pemain Belanda)
Piala Dunia 1938 telah dimenangi oleh negara Itali. Ini adalah kejohanan yang terakhir sebelum meletusnya Perang Dunia ke-2. Itali adalah juara Piala Dunia yang paling lama memegang piala tersebut, iaitu selam 12 tahun. Sepanjang musim peperangan itu, Piala tersebut disorokkan di bawah katil seorang pegawai Persekutuan Bola Sepak Itali. Kejohanan Piala Dunia disambung semula pada tahun 1950.
June 25, 2014 @ 12:08 pm
baru tahu pasal info ini. thanks. ^_^
June 26, 2014 @ 10:30 am
banyak lagi info menarik di dalam Bola Daily. teruskan membaca di sini
June 27, 2014 @ 11:24 am
laaa serius xtaw kalau xbaca kat sini…betui la noo dulu kena jajah tu ada Belanda2 tu kan…
June 28, 2014 @ 8:35 am
akan ada lagi kisah menarik pasal world cup dalam blog ni nanti