Jaringkan, Raikan Dan Di Denda
Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner dikenakan denda sebanyak £80,000 dan digantung 1 perlawanan antarabangsa selepas menunjukkan dengan sengaja boxer yang dipakai, terdapat nama sebuah syarikat perjudian Paddy Power.
Perkara itu berlaku semasa Bendtner meraikan jaringannya dalam perlawanan menentang Portugal. Denmark kalah dalam perlawanan tersebut 2-3.
Menurut UEFA denda itu dikenakan kerana ianya melanggar peraturan yang telah ditetapkan berkaitan dengan jenama dan nilai komersial dalam EURO 2012. Paddy Power bukan sebahagian dari penaja EURO 2012.
Denda yang tinggi dikenakan UEFA itu bertujuan melindungi kepentingan semua penaja EURO 2012.
Jika Bendtner tidak merayu, denda itu akan berkuakuasa semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014. Dia mempunyai masa 3 hari untuk merayu dari tarikh surat pendakwaan dari UEFA.
Keputusan denda yang dikenakan UEFA itu agak pelik bagi sesetengah pihak. Ada yang mengatakan ianya terlalu tinggi berbanding beberapa insiden lepas yang pernah berlaku dan dikenakan denda oleh FIFA.
Dalam isu rasis Liga Europa musim lalu, Porto hanya dikenakan £16,700 akibat tindakan penyokongnya kepada penyerang Manchester City, Mario Balotelli.
UEFA mengenakan denda £96,000 kepada Rusia ke atas tindakan penyokongnya yang menyerang pegawai keselamatan stadium semasa perlawanan menentang Poland. Adakah kesalahan Bendtner itu hampir setaraf dengan nilai keganasan penyokong Rusia?
Crotia dikenakan denda £20,000 kerana kesalahan penyokongnya membakar bunga api dan melontarkan objek ke tengah padang.
Jerman juga dikenakan denda sebanyak £8,000 kerana tindakan penyokongnya melontarkan objek ke padang dan Portugal dikenakan denda £4,000 kerana melengahkan perlawanan separuh masa kedua menentang Jerman. Keseluruhan denda itu masih tidak menyamai dan jauh dari nilai denda yang dikenakan kepada Bendtner.
Bendtner ditanya mengenai boxernya itu, menurutnya itu hanya seluar yang ada tuah kepadanya, dia telah memakai seluar itu semasa perlawanan pertama dan dalam beberapa perlawanan sebelum kejohanan EURO 2012 bermula.
Bendtner tidak menyedari tindakannya itu melanggar mana-mana peraturan. Paddy Power telah mengeluarkan kenyataan, akan menyokong Bendtner dalam rayuan pemain Arsenal itu nanti.
June 20, 2012 @ 11:45 pm
mmg salah dia..da termaktub dlm undang2…
June 21, 2012 @ 8:18 pm
nak main bola pun kena pandai lah hal-hal luar. bukan takat tau score gol je