Kemenangan Pertama Roy Hodgson
Ramai peminat dan penyokong pasukan England berpuas hati dengan keputusan perlawanan pertama The Three Lions di bawah pengurus baru Roy Hodgson.
Anak buah Roy Hodgson berjaya menewaskan Norway dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan persahabatan sabtu lalu. Pada hari yang sama ‘pasukan besar’ yang lain Jerman dan Belanda telah tewas dalam perlawanan persahabatan mereka.
Jerman tewas kepada kelab yang baru sahaja tewas di aksi final liga juara-juara, Bayern Muninch dengan 3-5. Manakala Belanda tewas 1-2 kepada Bulgaria
Keputusan perlawanan persahabatan itu cukup baik untuk Roy Hodgson, dia hanya mempunyai masa 3 hari sahaja bersama pasukan. Keputusan itu juga telah menamatkan kemarau kemenangan England kepada negara Scandinavia itu sejak tahun 1966.
Jaringan kemenangan England itu diperolehi menerusi pemain sayap Manchester United, Ashley Young. Dalam perlawana persahabatan itu, Young telah diletakkan di posisi penyerang kedua. Menurut Young, itu tidak menjadi masalah bagi dirinya, dia juga boleh bermain baik di mana-mana posisi yang diarahkan oleh jurulatih.
Walaubagaimanapun kemenangan England itu belum mampu membuatkan fikrian Hodgson tenang. Ini kerana pemain tengah Manchester City, Gareth Barry mengalami kecedeaan di pangkal peha. Keputusan sama ada ingin menyenaraikan Barry ke dalam pasukan Euro 2012 hanya akan diketahui selepas laporan kesihatan Barry diterima.
Jika laporan kesihatan Barry tidak memuaskan, Hodgson masih boleh membawa Jordan Henderson dan Phil Jagielka.
Adakah keputusan perlawanan pertama England dibawah bimbingan Roy Hodgson dapat memberikan gambaran, mereka juga bakal menjadi pesaing yang hebat dalam Euro 2012? Kita nantikan.
May 29, 2012 @ 3:28 pm
memang langkah kanan ni
aku memang harap sangat englan dapat beri cabaran hebat di euro nanti
May 29, 2012 @ 4:15 pm
England pasukan yang ramai peminat. Tapi ramai juga lah yang kecewa dengan persembahan mereka setiap kali mereka bersaing dalam kejohanan besar.