Kenali Pemain : Bosko Balaban

Share Button

selangor
Pemain import Selangor yang berasal dari Croatia, Bosko Balaban, telah mula menambat hati peminat dan penyokong bola sepak Selangor. Paling diingati ialah ketika Selangor menang ke atas Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selangor sebelum ini dilihat seperti terlalu sukar untuk menang ke atas Kelantan sejak kali terakhir melakukannya pada 28 Februari 2009.

Kelab terakhir yang disertai pemain berusia 32 tahun ini sebelum menyertai Selangor ialah Panionios.

Semasa zaman remajanya dia beraksi bersama kelab HNK Rijeka dari tahun 1995 hingga 2000. Dia telah menjadi pemain utama skuad bawah 21 Crotia. Dalam musim 1999 – 2000, Dinamo Zagreb telah mendapatkan khidmatnya. Bersama Zagreb, Balaban telah menjaringkan 14 gol dalam 25 perlawanan.

Bosko Balaban pernah bermain dengan kelab Liga Perdana Inggeris bersama Aston Villa pada musim 2001 hingga 2003. Tetapi dia dilihat seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan Liga Inggeris. Dia di pinjamkan semula ke Zagreb untuk musim 2002 – 2003. Pada Disember 2003 dia telah dilepaskan oleh Aston Villa dan bermain untuk Club Brugge dengan yuran perpindahan percuma. Bosko Balaban pernah dikenali sebagai ‘Super Bosko’ kerana berjaya menjaringkan 4 gol dalam masa 39 minit.

Penampilan sulungnya pada peringkat antarabangsa ialah pada 16 Ogos 2000 semasa perlawanan persahabatan antara Crotia dan Slovakia. Sejak itu dia kerap dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Tetapi dia kerap menjadi pemain simpanan dan sering dimasukkan hanya pada separuh masa kedua perlawanan. Semasa mewakili Crotia, dia telah menjaringkan 10 gol dengan 10 cap penampilan antarabangsa.

Bosko Balaban juga turut berada dalam skuad kebangsaan Crotia semasa pusingan kelayakan piala dunia. Dia bermain untuk 8 perlawanan dan berjaya menjaringkan 5 gol. Dalam pusingan akhir piala dunia 2002, dia tidak pernah diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Selepas tahun 2002, dia kurang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Crotia. Dia juga turut terlepas untuk beraksi di Euro 2004. Awal tahun 2006, jurulatih kebangsaan Crotia, Slaven Bilic telah menggugurkan namanya dan beberapa orang pemain lain dari perlawanan pusingan kelayakan Euro 2008 menentang Russia selepas didpati bersalah pulang lewat dari disco di Zagreb

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge