Kenali Pemain : Nazmi Faiz Masor

Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

harimau malaya
Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Dia lebih dikenali sebagai Nami di kalangan rakan terdekat, sering dikaitkan mempunyai gaya permainan seperti beberapa bintang besar bola sepak seperti Kaka, mampu melakukan hantaran jauh dan tepat seperti Cesc Fabregas dan Xabi Alonso.

Membuat penampilan pertamanya di dalam skuad Harimau Malaya semasa menentang Thailand Sukan SEA 2011. Jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa ialah semasa perlawanan menetang Bahrain kelayakan Olimpik di Stadium Nasionanl Bukit Jalil.

Jaringannya itu telah tersenarai dalam sebuah laman web Poland. Website tersebut akan memilih 12 video terbaik jaringan dari seluruh dunia untuk di undi.

Nazmi Faiz pernah dikhabarkan mempunyai penyakit misteri kerana tidak boleh bermain untuk masa penuh 90 minit perlawanan. Munkin dia ada masalah dengan urat atau ototnya. Tidak dapat dikenalpasti.

Sepatutnya pada tahun 2011 dia menduduki SPM. Oleh kerana terlibat dengan perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya dalam Sukan SEA Indonesia 2011, maka Nazmi hanya akan meduduki SPM pada tahun 2012. Nazmi pernah menjadi Kapten Pasukan Bolasepak SSBJ U15.

sekolah sukan bukit jalil

  • Tak Tahu Berenang ? Jom Belajar..!
  • Nak Tahu Rahsia Lulus Interview Kerja Kerajaan..?
  • Nazmi telah bermain bola sepak sejak berumur 6 tahun lagi. Menurut ceritanya, dia memaksa ayahnya untuk bermain bersama-sama denganya. Dia merupakan anak keempat dari 5 orang adik beradik. Nazmi mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.

    berita dari walesGambar : http://portalsukan.com

    Menurut beberapa laman blog, Nazmi Faiz akan diberikan peluang berlatih bersama kelab Cardiff City selama 1 tahun. Dia dijangkankan akan menjalani latihan di bawah jurulatih Malky Malkay. Kelab milik jutawan dari Malaysia, Vincent Tan dan Dato Chan Tien Ghee itu akan menerapkan latihan gaya dan corak permainan bola sepak England. Dia juga munkin akan dipinjamkan ke kelab-kelab liga eropah lain yang tidak begitu ketat prosedur mendapatkan pemain import.

    Jom Kongsi Cerita ini..Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

    Comments

    Lazada Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Current ye@r *

    CommentLuv badge