Louis Van Gaal Akan Ke Liverpool

Pengurusan Liverpool dilaporkan telah menghubungi jurulatih Belanda Louis Van Gaal untuk menawarkan satu jawatan baru di kelab tersebut. Jawatan yang ditawarkan itu ialah sebagai Pengarah Sukan kelab tersebut.
Menurut laporan The Telegraph, Pengarah pengurusan Liverpool, Ian Ayre, telah terbang ke Albufiera, Portugal untuk berjumpa dengan Van Gaal sendiri bagi membincangkan tawaran tersebut.
Struktur terbaru Liverpool ini, berkemungkinan akan memberikan Van Gaal kawalan sepenuhnya kepada pengurusan kelab. Manakala berkemungkinan Roberto Martinez akan dilantik sebagai jurulatih Liverpool dan berkerja di bawah Van Gaal.
Ketika ini, Roberto Martinez mempunyai kawalan sepenuhnya di kelab Wigan. Adakah dengan ‘projek pengurusan’ Liverpool yang baru ini, mampu untuk menarik minat Martinez?
Van Gaal mempunyai reputasi sebagai pengurus yang sombong dan keras kepala.
Semasa di berada di Ajax dan memegang jawatan Pengarah Teknikal kelab dalam tahun 2004, dia telah meletakkan jawatan bersama-sama jurulatih ketika itu Ronald Koeman, kerana permintaannya yang tinggi tidak dapat dipenuhi oleh pengurusan kelab.