Mario Balotelli Bernilai £200million.
Selepas mempamerkan aksi hebat dan dijulang menjadi ‘hero’ buat Itali, terutamanya dalam perlawanan Itali menentang Jerman di Euro 2012, nilai Mario Balotelli meningkat.
Sebelum ini, ‘Super Mario’ lebih dikenali sebagai seorang pemain yang bermasalah, kurang disiplin dan keras kepala. Pernah memakai baju tertulis ‘Why Always Me’ semasa meraikan jaringannya menentang Manchester United.
He plays for a club side, Manchester City, that does not need money. Right now, I think he is priceless. I have always said Mario has the potential to be one of the best players in the world and right now he’s among the best in Europe. ~ Mino Raiola.
Menurut agen Balotelli, Mino Raiola, nilai Balotelli sangat tinggi, “priceless”. Terdapat desas desus yang menyatakan ada beberapa kelab dari negara asalnya yang berminat untuk membawanya semula ke Itali.
Sebelum bermain untuk Manchester City, penyerang berusia 21 tahun ini pernah bermain untuk Inter Milan. Di kelab itu juga dia mempunyai masalah disiplin. Pernah menanggalkan jersi dan melontarkannya ke padang. Perbuatanya itu menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong Inter.
Tapi hari ini selepas Euro 2012, Balotelli telah dianggap sebagai ‘hero’ baru Itali.