Martin Kelly Pilihan Hodgson
Roy Hodgson membuat percaturan yang sangat berisiko apabila tidak memanggil Rio Ferdinand dalam pasukan England. Sebaliknya dia memanggil pemain muda dari Liverpool, Martin Kelly untuk menggantikan Gary Cahill yang cedera diminggu-minggu akhir sebelum bermulanya Euro 2012.
Pemilihan Kelly itu telah menjadi buah mulut ramai pihak di England. Ramai yang berpendapat Kelly terlalu muda untuk memikul tugas yang berat di Euro nanti.
Martin Kelly hanya bermain 10 kali untuk Liverpool. Dengan pengalaman antarabangsa yang sangat terhad. Ramai yang mempertikaikan pemilihannya.
Jika Roy Hodgson tidak memilih Ferdinand dengan alasan ‘footballing reasons’, seperti yang diberitahu kepada wartawan, mengapa Hodgson tidak menyenaraikan Micah Richards sebagai pengganti Cahill?
Micah Richards telah mempamerkan permainan yang menarik sepanjang musim bersama Manchester City. Dia juga bukan sahaja boleh bermain di posisi kegemarannya, pertahanan kanan, bahkan boleh bermain di posisi pertahanan tengah. Bila dinilai dari segi statistik permainan, Richards juga lebih layak berbanding Kelly. Jumlah permainannya 2 kali ganda dari jumlah Kelly bermain.
Agak mengejutkan bila Hodgson lebih rela membawa pemain dari kelab pertengahan liga berbanding pemain 2 kelab teratas liga.
Hodgson benar-benar mengambil risiko dalam pemilihan pemain England ke Euro 2012. Jika England berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. Semua ini akan dilupakan oleh seluruh penyokong England, tapi jika England tersingkir awal. Semua pihak akan menyalahkan Hodgson.