Mimpi Buruk Brazil Di Piala Dunia 2014
Semua orang memperkatakan benda yang sama, macam mana Brazil boleh kalah besar di peringkat semifinal Piala Dunia 2014.
Ramai yang menjangkakan ianya akan menjadi satu pertemuan yang hebat. Barisan pemain muda Brazil akan bertemu dengan barisan pemain berpengalaman Jerman.
Tapi sayangnya, perlawanan ini anti-klimaks. Brazil kalah 1 – 7 kepada Jerman.
Brazil dimalukan di laman sendiri. Beribu-ribu peminat setia Brazil di Stadium Mineirao tergamam dan seperti tidak percaya apa yang mereka sedang saksikan.
Mereka sedang menyaksikan satu sejarah yang tercipta.
Ini adalah kekalahan terbesar Brazil dalam tempoh 100 tahun. Seramai 55,000 penonton juga menyaksikan Miroslav Klose berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman milik Ronaldo (Brazil). Rekod kini dipegang oleh Klose dengan 16 gol.
Ramai yang merumuskan punca kekalahan Brazil ialah kerana ketiadaan Neymar dan juga kapten mereka Thiago Silva.
Selain itu, sebenarnya faktor kemenangan Jerman ialah mereka mempunyai bahagian tengah yang kuat. Berdasarkan statistik Toni Kroos dan Sebastian Schweinsteiger berjaya membuat 93% hantaran tepat. Manakala Fernandinho hanya berjaya membuat 73% hantaran tepat.
Skuad Die Mannschaft juga sebenarnya di adun oleh pemain-pemain dari 2 kelab terbaik dunia iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Keserasian dan persefahaman ini telah dibentuk oleh Joachim Low sejak dari tahun 2006 lagi.
Jom tengok fakta nombor menarik perlawanan antara Brazil dan Jerman yang disediakan oleh worldsoccertalk.com
0 is the number of games lost by Germany in which Miroslav Klose has scored.
1st: Germany were the first team to score seven goals in a World Cup semifinal.
5 is the number of saves made by a hapless Julio Cesar.
The 10th German shot was their first effort to go off-target as Mesut Oezil’s free-kick went flying over the bar.16 goals scored by Miroslav Klose in World Cup matches helping him surpass the Brazilian Ronaldo at the top of the goalscoring charts. All goals have come from inside the box.
24 years is the tender age of Thomas Mueller who can boast of 10 World Cup goals in his relatively short career.
26 touches of the ball by both Fred and Klose, the former of whom had seven touches in the centre circle as he kicked off the match after six goals and after half-time.
42 successive games over a period of 12 years was the length of time in which Brazil were unbeaten at home prior to the match against Germany.
93% was the pass accuracy of Toni Kroos and Sebastian Schweinsteiger. Fernandinho was successful in 72% of his passes.
179 seconds was the time elapsed between Germany’s second and fourth goals.
223 goals scored by Germany in their World Cup history.
1920: the year in which Brazil last lost a game by 6 goals or more in a 6-0 scoreline against Uruguay.
1938: the first and previously last time Brazil had conceded five goals or more in the World Cup in a match against Poland.
1958: the last time a team scored 5 goals or more in a World Cup semifinal when Brazil won 5-2 against France.
55,000: the crowd in attendance at Belo Horizonte that saw the carnage suffered by Brazil in the hands of the Germans.
Satu perlawanan yang sangat mengejutkan. Tidak seperti yang dijangkakan.
Pada tahun 1950, Brazil telah ditewaskan oleh Uruguay dalam perlawanan akhir di Stadium Maracana dan ketika itu juga, Brazil adalah tuan rumah. Kekalahan itu dikenali sebagai ‘Maracanazo’
‘Bencana’ kali ini, Kekalahan di peringkat semifinal Piala Dunia 2014 akan dikenali sebagai ‘Mineirazo’ oleh seluruh rakyat Brazil.
//Sumber : dnaindia.com , worldsoccertalk.com
July 9, 2014 @ 3:40 pm
memang mimpi buruk. kesian brazil.
July 10, 2014 @ 4:17 pm
kesian. malu kalah kat tempat sendiri, depan penyokong sendiri
July 9, 2014 @ 4:54 pm
sejarah terburuk, tak tau nak kata apa dah….
July 10, 2014 @ 4:18 pm
kita bertuah kerana dapat melihat sejarah tercipta
July 9, 2014 @ 5:41 pm
antara sejarah terburuk brazil yang sukar untuk dilupakan. 7 gol tu. Haha..
Neymar takde..memang out habis.
Masalah Brazil. Dia cuma ada sorang je leh harap. Iaitu Neymar. Neymar ada..baru pemain lain nampak hidup.
July 10, 2014 @ 4:21 pm
terlampau bergantung pada Neymar. aku pelik dengan Oscar, bila dia main dengan Chelsea, lincah semacam. tapi bila dengan Brazil kali ini dia macam tenggelam
July 10, 2014 @ 7:12 pm
coach tak faham pemain kot??? hehe
July 9, 2014 @ 7:19 pm
2 org takde…alasan jer tu…jadi nampaklah di mana tempangnya skuad brazil tahun ni.
skuad brazil wajib kena rombak dan kena masukkan beberapa pemain yg boleh ganti neymar dan tonggak spt thiago.
apapun, memang bencana terbsar dalam sukan bola sepak brazil…pasti dikenang sepanjang zaman
July 10, 2014 @ 4:22 pm
meneruskan badi bencana tahun 1950.
terlampau bergantung harap dengan Neymar. Ni pasukan muda, aku rasa tak perlu rombak, cuma perlu perbaiki bab bertahan tu je
July 16, 2014 @ 3:04 pm
6 minit 4 gol .. best hiler tengok hahaha ..
July 18, 2014 @ 9:01 am
memang game terbaik untuk kita tonton, tapi game paling teruk yang mungkin kalau boleh nak dilupakan oleh rakyat brazil