Nicholas Si Llama Ramalkan Chelsea Menang
Ingatkah anda kepada Paul, Si sotong kurita yang menjadi popular semasa Piala Dunia 2010? Kini telah muncul penggantinya, Nicholas, seekor llama. Llama ialah seekor binatang di dalam keluarga unta tetapi rendah dan menyerupai keldai.
Paul meramalkan beberapa perlawanan besar ketika Piala Dunia 2010. Ramalannya telah membuatkan dia dikenali seluruh dunia. Paul juga meramalkan dengan tepat keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Sepanyol telah menjadi juara dengan menewaskan Belanda.
Nicholas Si llama, telah meramalkan Chelsea akan menang dalam pertemuan akhir Liga Juara-Juara Ahad ini menentang Bayern Muninch.
Nicholas telah diberikan (dihadapkan) dengan dua biji bola berwarna merah dan biru. Kedua-duanya mewakili Bayern Muninch (Merah) dan Chelsea (Biru). Selepas Ilama itu dilepaskan dari kandangnya, ianya berjalan-jalan berdekatan bola merah, tetapi telah memilih bola biru di saat akhir.
Menurut pemilik Nicholas, Linda Johnson, 64, llama itu telah meramalkan Chelsea akan menang dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Liverpool baru-baru ini. Ramalan llama itu tepat.
Tambah Linda Johnson lagi, llama ialah seekor binatang yang bijak dan tidak terburu-buru. llama adalah jauh lebih bijak berbanding sotong kurita. Ianya sifat semulajadi Ilama.
Di dalam kandang, Nicholas suka bermain dengan bola menggunakan hidungnya. Walaupun terdapat beberapa ekor llama lain di dalam kandang yang sama. Hanya Nicholas sahaja yang akan bermain dengan bola.
Salah seorang pekerja di kandang Nicholas pernah memasang siaran perlawanan bola di radio. llama itu kelihatan sangat aktif dan gembira mendengar siaran tersebut.
Sama-sama kita nantikan esok sama ada ramalan Nicholas Si llama ini tepat atau pun tidak.
May 28, 2012 @ 1:40 pm
Kalau ramalan tidak tepat? Apa akan terjadi kepada Nicholas? 🙂
May 29, 2012 @ 12:01 pm
sembelih dan makan.haha..