Olimpik 2012 : 5 Pemain Muda Bakal Bintang Bola Sepak Dunia
Peraturan pertandingan bola sepak di sukan olimpik hanya membenarkan 3 pemain sahaja yang lebih dari umur 23 tahun. Selebihnya adalah pemain muda. Ramai pencari bakat yang melihat pertandingan ini secara dekat. Memerhatikan pemain yang munkin boleh diketengahkan atau di bawa ke kelab-kelab bola sepak dunia.
Berikut adalah 5 nama yang disenaraikan oleh bleacherreport.com bakal menjadi pemain bintang di masa depan.
1. Milo
Pemain yang berasal dari Mesir ini bermain untuk kelab Haras El-Hodood dalam Liga Perdana Mesir. Nama penuh pemain ini ialah Elsam Ramadan.
Seorang pemain pertahanan yang sentiasa mengawal ketat barisan pertahanan pasukan. Arsene Wenger dilaporkan berminat dan telah lama memerhatikan pemain muda ini.
Milo munkin tidak akan menyerlah seperti pemain lain, kerana dia tidak akan menjaringkan gol, tapi corak pertahanan yang dipamerkan mampu untuk memikat hati banyak kelab terbaik dunia
2. Gaston Ramirez
Pemain tengah berusia 21 tahun berasal dari Uruguay ini sudah menjaringkan 8 gol dan 4 assists untuk kelabnya, Bologna dalam Serie A musim lalu.
Liverpool dan Napoli dilaporkan telah menunjukkan minat yang kuat terhadap pemain ini.
Luis Suarez dan Edison Cavani cuba meyakinkan Ramirez untuk menyertai mereka, Suarez di Liverpool dan Cavani di Napoli. Ramirez mendapat sokongan yang kuat dari kedua-dua seniornya yang mahukan dia bermain bersama-sama mereka.
Kemanakah hala tuju Ramirez, kita tunggu selepas Olimpik ini berakhir.
3. Isco
Nama penuh pemain tengah dari Sepanyol ini ialah Francisco Román Alarcón Suárez. Dia dikatakan seorang lagi pemain tengah Sepanyol yang bakal menyerlah di masa depan.
Manchester United dilaporkan cuba untuk membawa masuk pemain tengah ini ke Old Trafford dari Malaga. Malaga yang kini sedang menghadapi masalah kewangan berkemungkinan tepaksa melepaskan pemain ini.
Sepanjang 32 penampilan bersama Malaga, dia telah menjaringkan 5 gol dan 4 assists.
Selain Manchester United, Barcelona turut meminati pemain muda ini.
4. Takashi Usami
Pemain tengah Jepun berusia 20 tahun ini bakal menjadi pemain bintang Jepun di masa depan.
Rakan senegaranya, Shinji Kagawa telah membantu Borussia Dortmund memenangi kejuaraan Liga Jerman. Tetapi dia kurang diturunkan ketika bermain untuk Bayern Munich musim lalu di Liga Jerman.
Musim depan dia akan bermain untuk 1899 Hoffenheim, tetapi secara pinjaman dari kelab asalnya Gamba Osaka.
5. Zakaria Labyad
Penyerang berusia 19 tahun dari Morocco ini sedang bermain untuk Sporting Lisbon. Pemain ini adalah hasil dari pembangunan PSV Eindhoven. Menyertai PSV pada tahun 2004 semasa berusia 17 tahun.
Semasa PSV dia telah menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilan liga.
Idola pemain ini ialah Ibrahim Afellay, bekas pemain PSV.
“Ibrahim is my idol. I have a lot of respect for him, not only because he plays in the same position as me, but also because as a person, he’s someone I look up to.” Zakaria Labyad.
Pemain ini bakal menjadi pemain bintang di masa depan, Olimpik London adalah permulaan baginya.
August 27, 2012 @ 2:10 pm
Si Ramirez tu hot. Sampaikan Southampton pun nak beli budak ni dengan bid yang tinggi. Ada lebih kurang 4 hari lagi sebelum transfer window tutup. Kita tengok budak ni pergi mana nanti.
August 29, 2012 @ 12:22 am
Munkin akan dibeli oleh kelab dari liga lain, bulan liga inggeris. Kebanyakkan kelab gergasi liga inggeris dah mendapatkan semua pemain yang mereka nak