Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Catalonia Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudanya

Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Catalonia | Skuad ini sebenarnya belum lagi wujud secara rasmi, kerana isu di antara kerajaan Sepanyol dan wilayah Catalonia masih lagi belum berakhir (sehingga artikel ini ditulis). Akan tetapi skuad kebangsaan Catalonia ini (tidak rasmi) telah beberapa kali mengadakan perlawanan persahabatan tidak rasmi.
Secara taknikalnya, Catalonia tidak mempunyai pasukan bola sepak kebangsaan mereka lagi kerana skuad ini tidak diiktiraf oleh FIFA. Oleh sebab itu, skuad ini tidak boleh mengadakan sebarang perlawanan rasmi ataupun menyertai mana-mana pertandingan rasmi anjuran UEFA atau FIFA.
Sejarah Panjang Pasukan Bola Sepak Catalonia.
Pada 1912, telah berlangsungnya perlawanan antarabangsa pertama Catalonia. Lawan mereka ialah pasukan kebangsaan Perancis dan tewas dengan 0-7, itu juga adalah kekalahan terbesar mereka hingga ke hari ini.
Pada 1934, sekali lagi Catalonia mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Brazil. Ianya adalah perlawanan persediaan buat Brazil sebelum memulakan kempen Piala Dunia 1934 yang berlangsung di Itali. Perlawanan pertama Catalonia menang 2-1, seminggu kemudian pada perlawanan kedua mereka hanya mampu seri 2-2.
Ketika itu Catalonia turut diwakili oleh beberapa nama besar dalam dunia bola sepak sebagai pemain jemputan, antaranya ialah lagenda bola sepak Belanda dan FC Barcelona, Johan Cruyff dan rakannya di dalam pasukan Belanda Johan Neeskens. Lagenda Real Madrid, Alfredo Di Stefano turut pernah bermain sebagai pemain jemputan.
Perlawanan Persahabatan.
Sepanjang 10 tahun lepas, Catalonia pernah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Pada 2014 dan 2015 mereka pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan wilayah Basque (Basque ialah sebuah wilayah autonomi di bawah Sepanyol seperti Catalonia)
Sebelum itu, Pada disember 2013, Catalonia meraih kemenangan pertama mereka dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Cape Verde dengan keputusan 4-1. Cape Verde ialah sebuah negara kepulaun yang terletak di benua Afrika.
Dalam perlawanan tersebut, Catalonia turut di wakili oleh beberapa pemain Barcelona dan beberapa pemain dari kelab divison 1 Liga Sepanyol. Pemain Espanyol, Sergio Garcia telah berjaya menjaringkan 2 gol dan masing-masing 1 gol dari Bojan Krkic dan Oriol Riera.

Perlawanan persahabatan terakhir Catalonia telah diadakan pada disember 2016 menentang Tunisia. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan seri 3-3 dan Tunisa memenangi perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti 4-2. Dalam perlawana ini, Catalonia tidak disertai oleh beberapa pemain Barcelona seperti Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Aleix Vidal. Hanya bekas pemain tengah Barca, Xavi Hernandez sahaja yang dapat menyertai skuad Catalonia kali ini.
Barcelona Tunjang Kekuatan Catalonia.
Umum mengetahui, pemain Barcelona telah menjadi nadi kepada Sepanyol sepanjang beberapa tahun yang lalu. Corak permainan ‘tiki-taka’ Sepanyol juga berinspirasikan dari permainan Barcelona. Manakala kejuaraan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 juga disokong oleh 9 pemain Barcelona.

Bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez telah mewakili Catalonia sebanyak 12 kali sepanjang kariernya. Dia juga tidak menolak untuk menguruskan skuad itu jika diberikan peluang di masa depan.
Antara pemain bintang Barcelona yang bersedia untuk mewakili Catalonia dan meninggalkan skuad Sepanyol ialah Gerard Pique, Jordi Alba, Aleix Vidal, Sergio Busquets dan Gerard Deulofeu, disamping bekas pemain Barcelona seperti Martin Montoya, Marc Bartra dan Cesc Fabregas.

Xavi juga yakin, jika Catalonia telah secara rasminya diterima menjadi ahli gabungan FIFA satu hari nanti (Catalonia menjadi negara merdeka) mereka mampu untuk menjadi 10 pasukan negara terbaik dunia. Ini kerana, Catalonia telah memiliki DNA bola sepaknya tersendiri yang dicipta oleh Pep Guardiola dan Johan Cruyff.
“We played our own football, always attacking, enjoying having the ball, looking to entertain. In short, what is genuinely ours, what we have learned from teachers like Johan Cruyff and Pep Guardiola.”
– Xavi Hernandez
Masa Depan Bola Sepak Catalonia.
Kemerdekaan yang ingin dimiliki oleh Catalonia pastinya tidak melalui jalan mudah. Tiada siapa yang tahu apakah kesudahan kisah ‘hubungan’ antara Sepanyol dan Catalonia.
Melihat dari sudut sukan bola sepak, jika kemerdekaan di capai oleh Catalonia, dunia bola sepak bakal melihat sebuah pasukan baru yang mempunyai kekuatan hampir sama (atau lebih baik) dengan Sepanyol. Mungkin juga kita bakal disajikan dengan satu perlawanan bola sepak yang menghiburkan di antara kedua-dua negara tersebut.
Apakah pula yang akan terjadi kepada pasukan Sepanyol?
//Sumber : sportskeeda.com , taiwannews.com , marca.com