Pengadil Boleh Hentikan Perlawanan Jika Ada Unsur Rasis
Presiden UEFA Michel Platini, yang ditemuramah oleh BBC mengatakan, pengadil ada hak untuk menghentikan perlawanan jika ianya dicemari unsur rasis sama ada dari penonton atau pemain dalam Euro 2012 nanti.
Sepak mula Euro 2012 akan berlansung dalam tempoh masa lebih kurang 24 jam lagi. Belum pun ianya bermula, ianya sudah dicemari dengan sikap penonton yang rasis dalam satu perlawanan yang berlansung di Ukraine. Ianya berlaku di salah sebuah stadium yang bakal menjadi gelangang Euro 2012.
Kejadian berlaku apabila sekumpulan penonton dari Asia diserang oleh penonton bola sepak lain semasa menonton satu perlawanan stadium tersebut. Poland dan Ukraine telah diketahui oleh masyarakat dunia, mempunyai sikap rasis yang sangat tinggi.
Menurut Platini, cara terbaik untuk menghentikan penonton yang bersikap rasis atau perlawanan yang dicemari sikap rasis ialah dengan menghentikan perlawanan tersebut. Pengadil mempunyai kuasa untuk melakukannya.
Sebelum ini, keluarga pemain England, Alex Oxlade-Chamberlain dan Theo Walcott, menyatakan hanya akan menyokong mereka dari jauh dan menonton kesemua perlawanan England di rumah. Mereka bimbang menjadi mangsa kepada penonton yang rasis di Ukraine jika mereka ke sana.
Terbaru, bekas pemain England, Sol Campbell, menasihatkan kepada penyokong England untuk tidak ke Ukraine. Dia telah ditunjukkan rakaman kejadian yang berlaku di Ukraine itu, dan merasakan ia sepatut tidak terjadi di zaman moden ini. Orang yang bersikap rasis adalah mereka yang ketinggalan zaman.
June 8, 2012 @ 8:12 pm
boleh atur perlawanan la macam tu. hoho..
June 9, 2012 @ 10:16 pm
ntah lah..
munkin UEFA ada kaedah mereka untuk mengekang dari itu berlaku