PUMA Melancarkan But Bola Sepak Terbaru Mereka evoPower 1.3
Siapa yang tidak kenal dengan jenama PUMA. Jenama yang cukup besar dalam industri barangan sukan dunia. Rata-rata peminat sukan, tidak kira apa jenis sukan, sudah pasti mengenali jenama PUMA.
Baru-baru ini PUMA telah melancarkan koleksi but bola sepak evoPower terbaru mereka iaitu evoPOWER 1.3.
Kesemua koleksi evoPower diilhamkan dari keupayaan dan kemampuan serta feeling sebenar semasa membuat sepakan. Pendeka kata, ibarat main bola tanpa pakai but, tapi sebenarnya anda pakai but.
Maknanya, but ini akan membuatkan anda selesa hingga tidak rasa seperti memakai but.
Dengan penambahan AccuFoam di bahagian atas but tersebut, ianya akan lebih melancarkan dan dapat menghasilkan tendangan yang lebih kemas. Kestabilan dalam membuat tendangan juga telah menjadi faktor utama dalam penghasilan but hebat ini
Menarik kan.
evoPOWER 1.3 ini akan dipakai oleh beberapa pemain terkenal dunia antaranya Cesc Fabregas, Mario Balotelli, Olivier Giroud dan Yaya Toure.
“Since the evoPOWER was first launched in 2014, PUMA has managed to improve this great boot even more each year. What I especially like about this version is the stability it gives in matches and training, which helps improve my performance. The new colour is great, it will catch a lot of attention on pitch.”
– Cesc Fabregas.
Apa tunggu lagi ! Dapatkan segera evoPOWER 1.3 di puma.com atau mana-mana kedai sukan berhampiran dengan anda.